Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 12, 2012

Mengapa ramai pemimpin UMNO takut debat?



“Plz convey my four letter words to the moderator…” Tweet ini ditujukan kepada Dr Maszlee Malik selepas beliau mencadangkan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat.

Seruan debat itu dibuat dalam satu debat di antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Pengarah Straetgik PKR Rafizi Ramli pada akhir bulan lalu.

Soal sama ada Najib berani berdebat dengan Anwar, itu perkara kedua. Yang penting, seluruh Malaysia telah menyaksikan cabaran oleh seorang ahli akademik – bukan musuh atau lawan politik Najib mahu pun Anwar – yang ingin melihat budaya politik sihat berkembang di negara ini.

Dr Maszlee, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang juga anak kelahiran Johor, bukan orang baru dalam dunia diskusi politik. Malah, kepakaran akademik beliau adalah dalam bidang politik moden dunia Islam. Sayangnya masih ada kalangan pecacai UMNO yang rendah akal budi serta kurang cerdik minda mereka.

Cadang debat dikatakan biadap?

Tak hairanlah kalau Dr. Maszlee dihentam keromo blogger pro-UMNO sebagai “biadap”, yakni biadap kerana berani mencadangkan pemimpin nombor wahid mereka, Najib, untuk berdebat dengan Anwar sekalu pemimpin Pakatan Rakyat.

Tetapi tidak pula biadap bagi pecacai UMNO untuk membaling batu dan telur kepada para pemimpin Pakatan serta memecahkan kereta wakil-wakil rakyat oposisi. Tidak kurang ajar bagi mereka untuk mengganggu-gugat rumah keluarga Pengerusi Bersama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dengan itu, tidak biadap untuk para pecacai UMNO mengancam Dr Maszlee yang terpaksa menerima reaksi negatif (bukan kritikan membina tetapi ugutan biadap) sama ada dalam tweeter dan facebook. Budaya takut debat semakin tebal di kalangan para pemimpin UMNO yang selama ini menyangka kuasa menghalalkan apa saja tindakan mereka tanpa boleh dipertikaikan oleh rakyat jelata.

“Macam jin keluar dari botol…”


Bagi Dr Maszlee sendiri, debat yang dikendalikannya di antara Khairy dan Rafizi adalah satu lagi perkembangan sihat dalam budaya berwacana dan dialog di negara ini.

“Khairy telah melakukan jasa besar dan beliau harus diberi pujian. Dia telah meletakkan satu standard yang Pemuda UMNO kena ikut, pemimpin UMNO lain kena ikut dan untuk masa depan, ahli politik UMNO kena ikut.

“Dalam kes ni, kena tabik (Khairy) kerana dia berani. Dan apa yang dilakukan tu membentuk sejarah. Bila itu sudah menjadi budaya dia akan jadi ibarat ‘jin terkeluar dari botol…dia tak boleh masuk balik’…”

“Mendidik masyarakat-non-partisan”

Apabila saya bertanya mengenai pendirian politik beliau, Dr Maszlee dengan jelas berkata bahawa beliau mahu mendidik masyarakat.

“Sebagai orang akademik, lebih baik saya ambil peluang untuk mendidik masyarakat bagi mencapai ke arah politik idea. Kalau saya sudah mengambil sikap berpartisan, maka saya rasa saya akan menggagalkan usaha yang saya lakukan.”

Beliau juga menekankan bahawa dalam usaha mendidik masyarakat, sebagai seorang akademik yang non-partisan perlulah ‘vokal’ dalam mengenengahkan idea-idea baru bagi membentuk sebuah masyarakat yang berfikiran kritis dan segar.

“Dalam mendidik masyarakat kita perlu ‘vokal’, jadi bila kita vokal, seringkali orang kaitkan ia dengan pembangkang- itu tak betul. Kita perlu wujudkan bahawa sikap ‘vokal’ perlu ada kepada semua. Sikap kritikal juga perlu ada kepada semua, begitu juga sikap analitikal, bukan hanya dalam pembangkang hatta dalam UMNO sendiri,” katanya.

Walau pun demikian, sedikit sebanyak penglibatan beliau dalam mendidik masyarakat meraikan politik baru dipandang serong seolah-olah berpihak kepada oposisi.

Dr. Maszlee merujuk masalah ini sebagai masalah persepsi yang sememangnya wujud dalam masyrakat, khususnya dalam keadaan di mana media massa dan sumber maklumat dikuasai sepenuhnya oleh pemerintah. Malah, persepsi itu tidak terikat kepada UMNO dan Barisan Nasional sahaja, malah sedikit-sebanyak mempunyai kesan dalam minda segelintir pemimpin Pakatan.

Beliau hanya berharap supaya masyarakat, terutamanya pemimpin politik bersikap lebih terbuka dan toleran serta tidak menganggap rakyat bodoh jika mahu kerjaya serta wadah politik mereka terus relevan dan dipercayai rakyat - Hafiz Zainuddin

sharpshooterblogger



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive