Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 22, 2012

10 Maut Pesawat Tentera Terhempas Atas Rumah


Pesawat tentera udara terhempas di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang Halim Perdana Kusuma, Jakarta, Indonesia hari ini. - Foto EPA

Sejumlah 10 orang terbunuh, tujuh daripadanya anggota Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) manakala tiga lagi orang awam, apabila sebuah pesawat Fokker F-27 milik TNI-AU terhempas di kawasan perumahan Rajawali dekat Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, petang Khamis.

Jurucakap TNI-AU berkata pembantu juruterbang itu Leftenan Satu Paulus Adi, iaitu satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas itu tetapi cedera parah, meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pusat TNI-AU (RSPAU) Jakarta malam ini.


Pesawat milik tentera udara Indonesia terhempas di kawasan perumahan. – Foto ihsan Metro TV

Tiga orang awam yang terbunuh merupakan penghuni sebuah rumah yang ditimpa pesawat itu iaitu dua kanak-kanak dan seorang wanita.

Sekurang-kurangnya 12 penghuni beberapa rumah yang turut rosak kerana ditimpa pesawat itu, cedera dan dirawat di hospital.

Pesawat malang itu berlepas pada pukul 1.30 petang dari pangkalan udara berkenaan untuk latihan rutin sebelum ia terhempas menimpa lapan rumah dalam kompleks perumahan Halim Perdanakusuma pada pukul 2.40 petang.

- Bernama/Sinar


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive