Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 09, 2012

Isu beku PTPTN: Kerajaan BN mulai panik



KETEREH: Kesediaan kerajaan Selangor mencari dana bagi membantu pelajar Unisel dan KUIS membuatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti kelam kabut apabila membuka semula pinjaman PTPTN yang dibeku baru-baru ini.

Sedangkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin dalam kenyataannya sebelum ini mengakui kerajaan membeku pinjaman kepada pelajar Unisel, dianggap ramai sebagai tindak balas ekoran kesungguhan Pakatan Rakyat mahu menghapuskan PTPTN.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ekoran masalah yang dihadapi pelajar Unisel menyebabkan kerajaan negeri mencari sumber kewangan lain bagi membantu mereka.

“Hasil daripada pelbagai usaha kita sudah ada duit sebanyak RM30 juta bagi membantu pelajar selepas dinafikan hak mendapat pinjaman di bawah PTPTN.

“Kerajaan BN ugut dengan menarik balik pinjaman yang diberi kepada pelajar. Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk mencari duit.

“Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta, tiba-tiba malam tadi PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada pelajar Unisel,” katanya pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam malam tadi.

Pada tempat berlangsung ceramah penuh sesak biar pun pada sebelah petang hujan lebat. Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategik, Rafizi Ramli, Ketua Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir dan Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

Isu PTPTN menjadi hangat apabila Pakatan dalam Buku Jingga menawarkan memberi pendidikan percuma kepada rakyat, dengan mengembalikan semula biasiswa yang ditukar menjadi pinjaman di bawah kerajaan BN sekarang.

Anwar pula memberitahu sekiranya Pakatan menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, langkah pertama akan diambil mengisytihar memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

Katanya, kerajaan hanya memerlukan sekitar RM5 bilion bagi memberi pendidikan percuma dan bantuan kepada pelajar setiap tahun.

“Setiap tahun kerajaan mendapat hasil daripada royalty petroleum sebanyak RM80 bilion, dan hanya RM5 bilion digunakan bagi tujuan pendidikan percuma.

“Kita masih lagi ada RM75 bilion, bagaimanapun pula ada pihak menganggap negara boleh bankrap dengan menyediakan pendidikan percuma. Saya pun tidak faham kaedah matematik yang mereka gunakan,” ujarnya.

HD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive