Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Jun 17, 2012

Murid tahun dua meliwat dalam tandas


Gambar Hiasan
KLANG: Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang hanya dikaitkan dengan golongan dewasa semakin membimbangkan banyak pihak kerana dikesan boleh mengancam golongan pelajar sekolah.

Jika gejala ini tidak dipandang serius, ia mungkin menular kepada pelajar kerana wujud laporan daripada pihak sekolah kes di mana murid tahun dua di Petaling Perdana ditangkap kerana meliwat di dalam tandas sekolah, baru-baru ini.


Penolong Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Perdana, Wan Fauziah Wan Abdullah berkata, kurang didikan agama dan perhatian ibu bapa serta penggunaan Internet tanpa kawalan menjadi pendorong berlakunya gejala ini.

“Empat kes membabitkan pelajar diterima sejak Januari hingga awal Jun lalu dan pihak kami akan memanggil pelajar terbabit untuk diberi kaunseling.


“Ibu bapa turut dipanggil bagi memastikan perbuatan anak mereka diketahui dan pemantauan berpanjangan boleh dilakukan untuk mengekang perbuatan sama berulang,” katanya ketika ditemui pada program Seminar Keibubapaan Isu LGBT, di sini, semalam.


Turut hadir, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sementara itu, Mohd Puad meminta semua pihak, terutama ibu bapa dan guru, memantau gejala LGBT yang ditunjukkan oleh pelajar bagi mencegah ia menjadi fenomena dan gaya hidup masyarakat.


Menurutnya, walaupun perbincangan mengenai LGBT masih taboo di kalangan masyarakat, mereka tidak harus berasa malu membincangkannya isu itu bersama anak kerana ia bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada mereka.

“Kita berharap program seminar seperti ini bukan saja dapat memberi penerangan mengenai gejala LGBT, tetapi kita mahu masyarakat, terutama ibu bapa dan guru, mencegah ia daripada terus menular,” katanya.

HM


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Inilah jasa Mahathir dan UMNO yang memperkenalkan perkataan liwat kepada masyarakat Malaysia.Mahathir semasa memfitnah Anwar berulangkali menyebut perkataan liwat di tv, dan pada permulaannya siap menunjukkan gaya liwat melalui jari2nya.Sebelum itu perkataan tersebut cuba ada dalam kamus sahaja.Najib dan UMNO pula menyebarluaskan perkataan liwat tersebut untuk memfitnah Anwar sekali lagi.Akhbar2 perdana dan tv seperti tidak sah kalau tak sama2 menyanyikan bab liwat.Tak cukup dengan tu tambah pula dengan perkataan biseksual untuk memfitnah Anwar. Bila tak laku, mereka merekacipta pula LGBT!What you sow is what you reap. Sekarang puak2 UMNO patut amat gumbira kerana niat mereka nak menjahanamkan generasi muda sudah menampakkan kejayaan. Syabas UMNO.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive