Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 26, 2012

MAT SABU PULAK NAK SAMAN UTUSAN...MAMPOIH LA

Bkt Kepong: Mat Sabu saman Utusan, lepas pengadu


Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berkata, beliau akan menyaman akhbar Umno Utusan Malaysia kerana didakwanya telah memfitnahnya dalam isu Mat Indera tidak lama dulu.

Katanya, beliau dituduh memfitnah polis Bukit Kepong bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, tetapi pengadu kes Visva Nathan kemudiannya mengaku bahawa laporan yang polisnya tidak benar dan ada unsur fitnah.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 mat sabu"Akhirnya Visva Nathan yang memohon maaf kepada saya dan merayu supaya dia tidak disaman di mahkamah kerana memfitnah saya," ujar Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu (kiri).

Visva sebagai saksi pertama kes perbicaraan itu pada 11 Jun lalu mengaku di Mahkamah Sesyen Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan Utusan Malaysia.

Malah Visva beberapa kali memohon maaf dan mengharapkan Mohamad tidak mengambil apa-apa tindakan kepadanya dan mengaku kini bersaudara dengan pemimpin PAS itu.

"Visva Nathan beberapa kali berkata 'we are brother (kita bersaudara), saya mohon maaf'. Saya sudah maafkan dia.

"Visva Nathan pun dah tua, saya tidak akan menyaman beliau kerana yang jahat dan bongkak ialah Utusan.

"Confirm (sah) saya akan saman Utusan," tambah Mohamad disambut laungan takbir penyokong PAS yang hadir pada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri di Melaka malam tadi.

Mustafa: Graf kita sedang naik

NONESementara itu, Mustafa berkata, perdana menteri tidak berani membubarkan Parlimen kerana semua laporan prestasi terkini tidak memihak kepada BN, kecuali
laporan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Katanya, walaupun pihak lain seperti polis, risikan tentera, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) memberikan maklumat BN akan kalah, KEMAS menyatakan sebaliknya kerana jabatan itu "kaki bodek".

"Kita pun buat kajian dan dapatkan maklumat dari badan-badan tertentu.

"Saya boleh katakan di sini bahawa graf kita sekarang sedang naik manakala graf BN semakin menurun," ujar Mustafa (atas).

MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Graf naik awal ni bahaya jugak! Bila sampai saat yang penting nanti buatnya graf menurun dan tak perform nanti tak ke naya? So nasihat saya pada yang berkenaan supaya sentiasa alert dan pastikan graf sentiasa mencadak. Caranya sendiri mau ingatlah! Jangan syok dan khayal sangat.untuk perform baik strategi dan kontijensi plan mesti mau ada.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive