Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 16, 2012

Nizar Tidak Perlu Layan Isu WWW 1


[MSO] Mulanya saya malas ulas dan sentuh mengenai isu plat kereta WWW 1 yang membabitkan bekas MB Perak setahun Nizar Jamaluddin dengan Sultan Johor. Kepada saya isu itu remeh temeh dan bukan pun membangun politik negara. Jauh sekali untuk membangun minda rakyat negara ini. Sepatutnya isu seperti itu tidak dimasuk pun dalam kepala.

Apalah sangat dengan isu itu. Sultan Johor pun boleh biarkan begitu saja. Rasanya tidak jatuh martabat sultan itu kalau baginda tidak murka dan ikut terpanggil dengan isu itu. Adalah bijak kalau sultan mendiamkan sahaja. Lebih bijak kalau baginda memaafkan Nizar. Rasanya bagi Nizar masih ada isu lebih besar dan penting dari isu plat kereta itu untuk beliau bercakap dijadikan modal politik.

Isunya Nizar dikatakan menulis dalam twitternya yang plat itu dibida dengan menggunakan wang rakyat. Pihak sultan menjelaskan ia dibida dengan wang sendiri. Nizar minta maaf atas salah tulis dan salah tafsirkan itu. Ia kecil saja. Isu seperti ini tidak menjadi isu pun bagi politik Barat. Tetapi kerana ada penyamun yang hendak menyamun isu menerusi isu itu ia diperpanjangkan.

Bangkitlah rakyat yang angkat sepanduk mempertahankan sultan mereka. Yang mempertahankan sultan mereka. Yang membela sultan mereka. Baguslah. Bersungguhnya seolah-olah maruah sultan mereka sudah tercemar. Tetapi lucunya mereka bangkit begitu sekali kerana isu plat kereta. Masa isu Pulau Batu Putih, isu penjulan pasir ke Singapura, isu Jambatan Bengkok mereka tidak pun bangkit pegang lembing dan kayu untuk mempertahankan sultan mereka, mempertahankan maruah Johor yang melambak ke bumi itu.

Budak kecil pun tahu dan merasa lucu dengan apa yang dilakukan oleh panglima pembela sultan. Dituduh Nizar derhaka kepada sultan mereka. Apa derhakanya? Menterjemahkan erti dan makna perbuatan derhaka pun nampaknya kurang tepat.

Biarlah itu sikap dan pendirian orang Johor yang berani. Cuma saya hendak sebut kepada Nizar lain kali tidak usah gatal mulutlah soal sultan dan raja-raja ini. Zaman ini mana ada lagi zaman Mufti berani tegur sultan. Mufti yang berani kerana benar sudah pun tidak ada lagi. Jadi bila Mufti sendiri menjadi batang pisang kepada raja jangan pula kita pandai-panai hendak jadi batang balak kepada sultan.

Isu lain masih banyak kalau hendak dicakapkan soal pembaziran. Cuba selidik dan kaji. Jangan soal sultan dan raja-raja. Mereka kebal dan zaman ini ramai orang hendak berlindung di sebalik kekebalan. Sejuta kali benar dan betul pun yang Nizar kata ia tidak akan menjadi benar dan betul.

Saya lihat bekas MB Perak setahun ini semacam tidak berapa bijak dalam politik. Kurang bijaksana dan kurang daya politiking. Beliau yuang berada dalam sistem politik sekular harus tahu. Bahawa dalam politik sekular tiada kebenaran, tidak ada kejujuran dan tidak ada ketulusan. Kejujuran, niat baik kita pun akan dieksploitasikan menjadi isu dan dijadikan modal untuk membalun kita.

Dalam hal plat kereta itu Nizar sudah pun merasai di mana kejujuran dan niat baiknya telah memakan dirinya. Semoga beliau insaf dan selepas ini gam terus soal-soal sultan dan raja dari perbicaraan politiknya.

Begitu juga hasrat nak jumpa Sultan Johor dan mohon maaf rasanya tidak perlu. Lagipun raja tidak menjawab surat permohonannya. Kalau sultan tidak hendak jumpa diamkan saja, jangan kita mengada-naga hendak tunjuk berani. Silap hari bulan keberanian dan ketulusan itu akan memarahkan lagi diri kita.

Nizar harus belajar dari kesilapan lalu untuk memulihkan reputasinya dalam politik. Gara-gara telah melakukan sembah derhaka kepada Sultan Perak - walau pun istilah itu ada Nizar dianggap derhaka. Parahnya konotasi dan erti derhaka atau tidak itu bukan ditentukan oleh raja dan sultan tetapi mereka yang mencari perlindungan dari istana.

MSO


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive