Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 12, 2012

K-POP BERTAM LEBIH SEKSI KATA MENTERI BELIA DAN K-POP.....KAH! KAH! KAH!




Menteri Dalam Kain pun berk-pop sakan... kah! kah! kah!

DEY MACHA!!!
MENTERI BELIA DAN K-POP NI TAK TAU KA
PAS PULAU PINANG ANTARA YANG TERAWAL KRITIK
MAJLIS MAKAN MALAM BERTAM NITE TU

MENTERI NI TAK TAU KA
PKR DAH MINTA MAAF
KALAU NAK TAU SILA BACA KAT SINI
NAK HARAPKAN TV3SUKU TUNJUK
MEMANG TAK DAK LA
KAH! KAH! KAH!

K-POP HANGPA RM2.04 JUTA
MANA BOLEH LAWAN K-POP MURAHAN
PASAI TU HANGPA BOLEH NAIK PENTAS TUMPANG SEKAKI
K-POP BERTAM MANA ADA PEMIMPIN PAS NAIK PENTAS
KAH! KAH! KAH!

Ni Presiden Pas dengan Menteri K-Pop Pas ke kat atas pentas ni? kah! kah! kah!

MENTERI NI JUGAK KATA K-POP BERTAM LEBIH SEKSI
BERBANDING K-POP HIMPUNAN JUTAAN BELIA
ELOK LA TU TAHUN DEPAN TAK PAYAH PANGGIL K-POP KOREA
BUAT HABIH DUIT RM2.04 JUTA JE
PANGGIL SAJA K-POP BERTAM NI
KAH! KAH! KAH!


Isu K-Pop: Pas hipokrit, kata menteri

KUALA LUMPUR - Pas digesa memberi penjelasan berhubung sikap 'double standard' yang ditunjukkan oleh parti tersebut terhadap isu tarian ala K-Pop pada Majlis Makan Malam PKR, Bertam Nite di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sikap hipokrit kepimpinan parti Islam itu, yang hanya mengkritik persembahan K-Pop pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya tempoh hari mencerminkan ia tidak konsisten memperjuangkan agama tersebut.

“Sikap pilih kasih Pas yang tidak menegur sekutunya, PKR dalam mengadakan konsert seksi pada majlis makan malam itu menunjukkan parti tersebut hipokrit dalam perjuangan Islamnya.

“Ini bukan kali pertama Pas begini, sebelum ini pun parti itu telah mengeluarkan pelbagai peraturan dan ‘fatwa’ yang berubah-ubah.

"Ini termasuk menyatakan bahawa suara adalah aurat bagi wanita dan mereka enggan menghantar qariah mereka pada mana-mana tilawah sebelum ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.

Namun, kata beliau, kini mereka meletakkan lebih banyak calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya dan terbaru, menggunakan penyanyi terkenal untuk menyanyi pada majlis-majlis mereka.

Jelas Shabery, sikap 'double standard' dalam itu berkenaan perlu diperjelaskan oleh kepimpinan Pas kerana ia telah menimbulkan jutaan persoalan dalam kalangan rakyat yang meluahkan isi hati mereka dalam media sosial masing-masing.

Tegasnya, sikap berdiam diri beberapa pemimpin Pas yang hadir pada Bertam Nite itu turut menunjukkan parti itu hanya mempergunakan isu pada Himpunan Jutaan Belia demi kepentingan politik mereka semata-mata, bukannya untuk menegakkan perjuangan Islam mereka.

“Sekiranya mereka benar memperjuangkan apa yang mereka katakan sebelum ini, mereka perlu tampil dan meminta maaf kerana sikap berdiam diri mereka mengelirukan umat Islam lain. Saya pun meminta maaf sebelum ini,” katanya.

Katanya, sungguh jelas pakaian penyanyi yang dipanggil membuat persembahan malam itu lebih seksi berbanding persembahan artis Korea pada Himpunan Sejuta Belia itu.

PKR menyediakan persembahan istimewa untuk ahli dan tetamunya pada majlis makan malam parti itu di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman itu mempersembahkan tarian tiga gadis yang memakai skirt pendek.

Pertunjukan tarian seksi ala K-Pop itu mengejutkan kerana ia turut dihadiri beberapa pemimpin Pas tempatan dan ahlinya.-SH


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive