Akibat terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari menerusi internet, seorang anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluannya sendiri di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, di Dungun awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di ibu negara turut bertindak memaksa abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata suspek yang menetap di Balakong, Selangor pada mulanya pulang untuk bercuti bersama keluarganya di kampung sejak minggu lepas.
Namun selepas lima hari bercuti di kampung, suspek mengambil keputusan menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut bagi menyampaikan 'amanat' yang mustahak.
"Ketika sebahagian ahli keluarga berkumpul sejak petang semalam, suspek mula berkongsi dan berceramah mengenai ajaran sesat yang dipelajarinya dengan mengatakan dunia akan kiamat pada Jumaat.
Bagaimanapun suspek tidak memberikan tarikh sebenar hari kiamat seperti yang didakwa berlaku.
"Suspek kemudiannya secara tiba-tiba bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas itu menangis untuk 'mengeluarkan semangat Imam Nawawi' daripada badan bapanya, namun gagal," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di Dungun.
Manoharan berkata setelah gagal membuatkan bapa menangis, suspek meminta sebilah pisau dari abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.
Akibat kejadian itu, suspek dan mangsa yang berusia 67 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Dungun akibat mengalami pendarahan yang banyak.
Beliau berkata suspek dan mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan pihak hospital sedang berusaha untuk menyambung semula kemaluan dua beranak itu yang terputus.
"Justeru, kita percaya suspek terpengaruh dengan ilmu sesat yang dipelajari menerusi internet hasil siasatan yang dijalankan," katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Sementara itu, isteri suspek yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi, 33, berkata suaminya mula menunjukkan perubahan sejak dua bulan lalu.
Namun beliau tidak mengsyaki sesuatu yang pelik dan hanya menyangka suaminya ingin berubah dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
"Suami telah balik ke kampung sejak lima hari lalu dan dia ada mengajak saya pulang namun saya kata tidak dapat pulang bersamanya kerana anak masih bersekolah.
"Saya tiba di kampung suami kira-kira pukul 5 pagi tadi dan terkejut ketika sampai ahli keluarga menyuruh segera ke Hospital Dungun sebelum mendapati suami dan ayah mertua saya cedera," katanya ketika ditemui di hospital.
- Bernama
MK
dedahkan kebenaran demo selamatkan negara tercinta drp insan berpura2 anwar ibrahim.su sokong tunhisyamuddin.terus maju.
BalasPadamhttp://tunhisyamuddin.blogspot.com/
hello anda boleh membantu saya untuk menghubungkan blog ini
BalasPadamhttp://tunhisyamuddin.blogspot.com/
SABAR itu separuh dari iman.... Tu baru sikit je Gua keluarkan, ada lagi yang lebih dasyat yang mana Anwar Ibrahim terus akan mengelupor dek kerana kesalahannya sendiri. Puak pembangkang akan komen kata Anwar Ibrahim peramah "so What" standard jawapan puak Pakatan bila kebenaran ditonjolkan. Tapi kepada yang cerdik pasti boleh fikir apa jadah lelaki lembut duduk dengan Anwar Ibrahim dalam bilik hotel.
BalasPadamhttp://tunhisyamuddin.blogspot.com/
BalasPadamtunhisyamuddin tak salah, tunhusyamuddin jangan nak fitnah papa izzah. pelajar tu jumpa tunhusyamuddin just nak mintak biasiswa je. tunhusyamuddin just nak tolong budak tu.
http://tunhisyamuddin.blogspot.com/
His..sis... bawa bertaubat....Apa pun jangan lah kita mati sebagai jahiliyah dan puak penfitnah terbesar di atas mukabumi ini. Mati begitu juga segolongan dengan laknatullah. Nak ke menjadi saksi didepan mahkamah Allah? atau diterajang malaikat dan dibelantannya hingga hancur jasadmu?..Beringat sebelum mai beb.
BalasPadam