DAKWAAN SALAH GUNA KUASA: BEKAS PESURUHJAYA SPRM SETUJU MOHON MAAF
Saya bersyukur bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju untuk memohon maaf kerana mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah berkenaan salah guna kuasa yang melibatkan pembelian 46 ekor lembu bagi majlis korban di Bandar Tun Razak pada 2009.
Ahmad Said dijangka membuat permohonan maaf secara terbuka di mahkamah esok manakala permohonan maaf di media massa akan ditetapkan kelak.
Persetujuan ini dibuat dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan tengahari tadi sekaligus menamatkan kes saman malu yang saya failkan terhadap Dato' Seri Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia.
Perkembangan ini membuktikan bahawa tuduhan salahgunakuasa adalah tidah berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan Menteri Besar Selangor.
Saya sekeluarga terutamanya isteri dan anak-anak amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahguna kuasa walaupun dalam hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban.
Saya percaya pegawai kerajaan terutama pihak penguatkuasaan, SPRM dan polis hendaklah melaksanakan tugas secara professional dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi oleh kumpulan atau individu tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.
Sebagai Menteri Besar kepada rakyat selangor, saya amat menitikberatkan integriti, ketelusan dan amanah. Saya amat bersyukur dalam tempoh lima tahun ini tiada seorang pun pegawai kanan kerajaan dan exco negeri dilibatkan dengan kes salah laku dan rasuah.
Saya percaya rekod cemerlang ini akan menjadi elemen utama kepada rakyat untuk membuat keputusan dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.
YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
-mobile post
gadis seksi kena rogol insaflah?? Lihat lihat
BalasPadamikhas atau tidak biar Allah menentukannya
BalasPadamHuh! masa dlm perkhidmatan bukan main lagi tapi bila dah bersara kecut perut......
BalasPadamkeh keh keh.
BalasPadamtakut matu tu.... kena tanya kat sok lagi payah
BalasPadambaik settle masa idup ni.. ye tak???
len kali kot nak tuduh biat yg betul cam kes Ketua Wanita Lembu tuuu..
kat dlm mahkamah pun masih nak swing citer