Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 21, 2013

KHABAR ANGIN YANG MERBAHAYA BUAT BE END



DEY MACHA!!!
INILAH MALAYSIA YANG DIPERINTAH BN
DULU KINI DAN SELAMANYA BANGANG
KHABAR ANGIN BUBAR PILIHANRAYA
LEBIH MERBAHAYA DARI FITNAH SEKS
KAH! KAH! KAH!

TERBUKTI BAHAYANYA UNTUK BE END
TAK BOLEH DENGAQ PERKATAAN BUBAR PARLIMEN
CEPAT-CEPAT DEPA BERTINDAK
KALAU BLOGGER BUAT FITNAH SEKS
DEPA DIAM-DIAM SAJA
KAH! KAH! KAH!



Kenapakah mereka bertindak pantas dalam hal ni? Adakah terlalu takut dengar ayat bubar parlimen? Kah! kah! kah!



CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperingatkan orang ramai tentang bahaya penyebaran maklumat atau berita palsu menerusi internet dan SMS ekoran maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang tersebar di beberapa laman sosial semalam.

“Kami memandang serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Katanya, di bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar maklumat atau berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai diperingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat atau berita yang palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian jika diangkat di dalam blog, contohnya, boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini,” kata beliau lagi.

Ekoran berita palsu itu, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi semalam.

SH


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive