Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.
“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan (gambar).
“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” tambah beliau.
Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.
Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.
Themalaysianinsider
Sumpah lakhnat bakal makan tuan..
BalasPadamBapak dia cakap ada konspirasi utk jatuhkan DSI. Itu logik lah sbb musoh kan nak bela DSI lak..!!! Liwat tetap liwat juga sbb Saifol x nafi pun dia diliwat oleh bro DSI....huhuhu
PadamBerapa juta lak dia dapat nie..tetiba saja U Turn...ahahaha
BalasPadamMana lebih penting...Isu pungkok Saifol or isu pengganas di Lahat Datu...????
BalasPadamSatu persatu mula terbongkar tapi mata hati pencacai terus buta dulu kini dan moga tak terus buta mata hati buat selamanya.
BalasPadam