Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 02, 2013

10 DITAHAN KETIKA 'PEROBOHAN' KUIL


Sepuluh ditahan, termasuk Ketua Pemuda MIC Wilayah Persekutuan D Tharmakumaran dan aktivis PKR kerana cuba menghalang kerja-kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan dinding di kuil Hindu di Jalan P Ramlee Kuala Lumpur.

Mereka dipercayai dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Mereka didakwa dicekup ketika cuba menghentikan DBKL di Kuil Muneswawar di kawasan Segitiga Emas di ibu kota itu.

Bagaimanapun, Raman Ramakrisnan, pembantu kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memberitahu selepas itu bahawa DBKL hanya mahu mendirikan dinding.

"Ia bukan untuk merobohkan kuil," katanya sambil menambah, kuil itu memasuki tanah kerajaan dan dinding akan didirikan untuk dijadikan pemisah.

Sebelum itu, terdapat sedikit ketegangan apabila Naib Presiden PKR N Surendran ditolak ketika cuba menghalang tindakan DBKL.

"Kami tidak peduli kamu YB atau tidak, kami akan pukul kamu," demikian bunyi jeritan yang ditujukan kepada Surendran.

MK


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive