Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 20, 2013

DAKWAT TAK KEKAL CEMAR PRU 13


KUALA LUMPUR: Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang dibentangkan semalam turut mendapati bahawa rata-rata responden bersetuju isu dakwat kekal yang tidak kekal telah mencemarkan imej Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Pada soalan "Adakah penggunaan dakwat kekal yang diragui dan pengundi hantu mencemarkan PRU13?", 52 peratus daripada 1546 responden mengatakan 'ya' dan bersetuju dengan argumen itu, manakala yang mengatakan 'tidak' dan 'tidak pasti', berkongsi peratusan sama iaitu masing-masing 24 peratus.

Selain itu, hasil kajian dibawah tajuk kecil 'Persepsi terhadap pejalanan PRU13' itu juga merekodkan sebanyak 46 peratus responden bersetuju bahawa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh BN untuk terus mengekalkan kuasa mereka, manakala 33 peratus lagi tidak bersetuju dan 21 peratus tidak pasti.


Dalam pada itu, kajian juga menunjukkan 69 peratus menyandarkan harapan kepada Pakatan Rakyat agar terus berusaha gigih untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Merumuskan paten keputusan mengikut kaum, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, kajian yang dibuat kira-kira tiga bulan selepas PRU13 ini, kaum Cina masih lagi kekal bersama Pakatan Rakyat.

Semalam UMcedel membentangkan hasil kajian terbarunya berhubung 'Politik Malaysia Pasca PRU13' kepada media.

Kajian tersebut dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu yang dibuat secara bersemuka dengan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia.

Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut semalam adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah.

HD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

3 ulasan:

  1. Jangan lupa masyarakat FELDA dan kampung, mereka akan sokong UMNO ka liang lahat dgn upah rm30

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat kawasan parlimen ledang kawasan saya berlaku penipuan pru

      Padam
  2. Depa dh Xleh bt apa dhh sbb sentiasa di ugut.. apa yg penting kita kena yakin bahawa Allah yg beri segala2 rezki kpd kta bknya umngok tuu..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive