Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 18, 2013

AMK SARAWAK: DEDAH URUSNIAGA JUAL-BELI BALAK


KUCHING 17 SEPTEMBER: Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sarawak, Ahmad Nazib mendesak kerajaan mendedahkan urusniaga syarikat pembalakan di negeri itu dengan rakan niaganya di Jepun.

Reaksi demikian dinyatakan berhubung pendedahan NGO antarabangsa Global Witness, bahawa syarikat Jepun, Sojitz Corporation dan Itochu Corporation membeli ‘balak haram’ dari Samling Global dan Shin Yang Group yang berpangkalan di Sarawak.

“Dedahkan perjanjian, transaksi dan urusniaga jual beli. Kalau salah satu pihak menyalahi undang-undang, mereka (kerajaan ) boleh batalkan (perjanjian dan urusniaga)

“Kita menggesa kerajaan Malaysia untuk menguatkuasakan undang-undang di peringkat antarabangsa dan lakukan siasatan terperinci,” kata Nazib kepada Keadilandaily.


Sebahagian laporan didedahkan Global Witness

Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S{RM) melakukan siasatan dan tidak membiarkan individu atau syarikat tertentu yang rapat dengan ahli politik melangkaui undang-undang.

“Isu ini serius. Penguatkuasa undang-undang hendaklah bertindak mendakwa pihak tersebut bagi kesalahan jenayah alam sekitar.

“Jangan hanya sebut nama. Tunjukkan kepada rakyat mereka yang melakukan kesalahan didakwa dan dihukum di mahkamah,” tegas Nazib yang juga seorang peguam.

KD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive