Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 21, 2014

AKAUN FB UGUT BUNUH PERDANA MENTERI



Kenyataan Media
21 Julai 2014

Akaun Facebook Palsu Ugut Bunuh Perdana Menteri: Respon SAMM

Ekoran beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Afzanizam Hashim penggerak SAMM P.Pinang, kononnya telah membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Malaysia melalui sebuah akaun facebook bernama Ahli Fikir, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini membuat klarifikasi;

1. SAMM menegaskan bahawa ugutan terhadap Najib Razak adalah satu fitnah dari status sebuah akaun facebook palsu yang telah diterbit menyerupai akaun sebenar mangsa. Ini adalah satu penganiayaan terhadap seorang penggerak SAMM dan menjadi satu cubaan merosakkan nama baik SAMM.

2. Setelah menyedari kewujudan akaun facebook palsu tersebut, mangsa fitnah telah segera membuat laporan polis pada tarikh 17 Julai 2014 jam 2 petang di Balai Polis Perda (kemudian dipanjangkan ke Balai Bukit Mertajam), Pulau Pinang. Laporan polis ini dibuat lebih awal sebelum laporan-laporan polis terhadap mangsa.

3. Afzanizam juga dipanggil memberi keterangan di IPD Kepala Batas sehari kemudiannya dan beliau telah hadir memberi kerjasama.

4. Penerbitan akaun palsu kini telah menjadi trend dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan ini bukan kali pertama komrad SAMM menjadi mangsa. Pengasas SAMM, che'GuBard sendiri menjadi mangsa apabila satu akaun 'fan-page' telah sengaja membuat status menghina institusi beraja, dan Young Syefura / Rara SAMM juga menjadi mangsa ketika baru menyertai DAP yang menjadi perhatian media.

5. SAMM bersedia dan mengalu-alukan pihak berkuasa membuat siasatan secara menyeluruh. Tetapi dalam masa yang sama, SAMM menuntut dengan serius agar semua kes ugutan bunuh terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat supaya diselesaikan dengan telus. SAMM turut mempersoalkan di manakah hasil siasatan kes ugutan bunuh dari kalangan pro-kerajaan itu? Apakah ia juga berakhir di Lautan Hindi?

6. SAMM kesal dengan fitnah yang dilemparkan terhadap gerakan SAMM ketika negara sedang berduka dengan tragedi MH17, ia seolah mengambil kesempatan dari peristiwa yang berlaku.

7. Benar SAMM adalah gerakan anak muda yang progressif, juga agresif, malah SAMM lahir dari perlawanan jalan raya namun masih ada kewarasan dalam setiap titip kenyataan yang dikeluarkan dari setiap komrad terlatih.

8. Tidak dapat disembunyikan, ramai anak muda yang sangsi dan gusar dengan rentak pemerintah negara dalam mengendalikan isu dunia, merujuk kepada terlalu banyak kelemahan ketika mengendali isu MH370.

9. Akhir sekali, disertakan salinan laporan polis Afzanizam Hashim, Penyelaras Bersama SAMM P.Pinang sebagai rujukan.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive