Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 25, 2014

SAAT RAMADHAN PERGI...





“Ramadhan akan pergi tanpa janji untuk bertemu kembali.”

Hmm.. entahlah.. entah bagaimana hendak digambarkan perasaan hati ketika ini.


Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Ramadhan yang dipenuhi dengan kemuliaan, keberkatan serta keluasan rahmat daripada Allah bakal melabuhkan tirai. Pemergian Ramadhan sudah pasti dirindui oleh mereka yang merasai keindahan nikmatnya.

Allahuakbar.. terasa sayu hati tatkala mengenang kembali kehidupan dalam bulan Ramadhan.
Sememangnya, ramai orang tidak akan berpuas hati dengan kualiti amalannya. Ramai orang akan sentiasa merasa tidak cukup. Merasa tidak sempurna. Merasa kekurangan dalam setiap amalan.

“Adakah Ramadhan kali ini lebih baik atau lebih teruk berbanding sebelumnya?”

“Adakah amalan-amalan aku akan diterima?”

“Adakah dosa-dosaku sebelum ini sudah diampunkan?”

“Adakah diri ini menuju ke arah taqwa seperti yang diharapkan?”

Begitulah.. Macam-macam persoalan timbul apabila diimbau semula ibadah-ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadhan. Kadang-kadang perasaan risau juga datang menerjah diri. Terutamanya apabila teringat satu potongan hadis berkenaan orang yang paling celaka dalam bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda;
“Sesungguhnya Jibril (‘Alaihissalam) telah membisikkan (doa) kepadaku. Katanya; ‘Celakalah bagi orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampunkan’. Lalu akupun mengaminkan doa tersebut.” [HR Al-Hakim]


Bayangkanlah… Rasulullah SAW sendiri mengaminkan doa Malaikat Jibril yang menyebutkan bahawa orang-orang yang keluar dari bulan Ramadhan dalam keadaan tidak mendapat keampunan daripada Allah adalah celaka. 



Aduhh.. alangkah ruginya..

Duhai diri.. ada secebis pesanan buatmu..

Mahukah diri kita dilabel celaka? mahukah?

Sudah pasti tidak.. Tidak ada sesiapa yang mahu meraih kecelakaan itu. Celaka dalam bulan yang mulia, Celaka kerana menolak tawaran pengampunan daripada Allah Yang Maha Pengampun. 

“Semoga kita terhindar daripada kecelakaan itu.. amen..”

Bukankah galakan dan motivasi daripada Rasulullah SAW untuk memantapkan amalan selalu diperingatkan kepada kita ketika berada dalam bulan Ramadhan?

“Sesiapa yang mendirikan ibadah dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (Pengharapan agar amalan diterima), akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” 
[Riwayat Bukhari & Muslim]

Lihatlah.. lihatlah betapa luasnya ruang pengampunan yang telah dibuka buat kita semua. Khusus dalam bulan Ramadhan, Allah menjanjikan pengampunan terhadap semua dosa-dosa yang kita lakukan agar diri kita menjadi bersih. Bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. Kita kembali kepada fitrah insani.
Adakah dosa-dosa kita sudah diampunkan?


Yakinlah.. Bersangka baiklah dengan Allah. 
Yakinlah dengan pengampunan Allah itu kerana Allah menurut sangkaan hambaNya.

“Aku (Allah) menurut sangkaan hambaKu terhadapKu.” [Hadis Kudsi, Jami’ Al-Tirmidzi]

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ
 إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [39:53]

Jelasnya, semua orang mahu diampunkan. Tidak ada sesiapa yang mahu dilabel celaka. Termasuk diri  kita sendiri. Maka, marilah sama-sama kita buktikan pada Allah ‘Azza Wa Jalla bahawa kita sangat mengharapkan Rahmat dan pengampunan daripadaNya.


Buktikan bahawa kita merupakan antara golongan hamba yang telah kembali kepada fitrah insani selepas menjalani tarbiyah Ramadhan.

Bagaimana?

Jadikanlah didikan serta amalan-amalan dalam bulan Ramadhan ini sebagai tarbiyah yang berterusan sehingga ke bulan-bulan yang seterusnya. Berusahalah untuk hidup dengan amalan-amalan kebajikan sebagai bukti bahawa kita benar-benar bertaubat memohon keampunan Allah SWT.


وَمَن تَابَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَاباً 




“Dan sesiapa yang bertaubat dan mengerjakan amalan-amalan soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-sebenarnya.” [25:71] 

Istiqamahlah dalam menjalankan ketaatan kepadaNya..


Mudah-mudahan segala amalan kita diterima dan mendapat redha daripadaNya.



"Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu."










~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~ 






adriariff

MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive