ALOR SETAR - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) meninggal dunia ketika sedang bertadarus al-Quran, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.35 pagi tadi apabila Ku Iqbal Ku Md Khir, 14, secara tiba-tiba rebah di sisi kawannya.
Penolong Kanan Kokurikulum SMKAK, Johari Jaafar berkata, ia adalah kejadian pertama kali berlaku di sekolah itu.
Beliau berkata, sebelum kejadian, semua pelajar diarah mengikuti majlis tadarus al-Quran yang diadakan setiap pagi di surau.
“Keadaan pada pagi itu tenang dan semua pelajar menjalankan rutin harian pada bulan Ramadan dengan bertadarus al-Quran seperti biasa.
“Tetapi secara tiba-tiba Ku Iqbal yang ketika itu sedang membaca ayat al-Quran kelihatan sedang menundukkan kepalanya secara perlahan-lahan sebelum rebah,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, sejurus kejadian itu, pihak sekolah segera menghubungi ambulans dan memaklumkan kepada ahli keluarganya kira-kira jam 8.00 pagi.
“Pemeriksaan awal doktor mengesahkan bahawa dia meninggal di tempat kejadian.
“Perkara ini amat menyedihkan kami semua warga sekolah kerana dia seorang pelajar yang baik, ceria dan mendengar kata,” katanya.
Beliau berkata, jenazah kemudian di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Johari berkata, pihak sekolah juga melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu keluarganya menguruskan jenazah.
Jenazahnya disembahyang dan dikebumikan dekat Masjid Alor Semela di sini, selepas solat Asar.
SH
ALLAHu akbar!!
BalasPadamhusnul khotimah inshaaALLAH
ya ALLAH
matikanlah aku dan anak2ku dan ibu ayahku juga dalam keadaan husnul khotimah aman tenteram dan damai ketika sedang beribadah bersujud padaMU
amiiin