Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 23, 2014

PROSES PENGECAMAN IDENTITI MAYAT MANGSA MH17 MUNGKIN BERBULAN-BULAN


Mungkin ambil masa beberapa bulan, kata PM Belanda


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Netherlands, Mark Rutte membayangkan proses pengecaman identiti mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 mungkin mengambil masa berbulan-bulan, lapor agensi berita AFP.

Katanya, penerbangan pertama membawa mayat itu akan berlepas dari Kharkiv, Ukraine ke Eindhoven, Netherlands pada Rabu dan proses pengecaman itu akan diusahakan secepat mungkin.

"Persiapan akan dibuat di Kharkiv supaya pengecaman boleh dibuat di Netherland secepat mungkin.

"Sebaik saja seseorang mangsa dikenal pasti, ahli keluarganya yang pertama dan utama yang akan dimaklumkan dan bukan orang lain. Itu mungkin mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan," katanya kepada wartawan di The Hague.

Klik GALERI FOTO : Inilah "Keretapi Mayat"

Netherlands diberi tanggungjawab untuk mengendalikan urusan pengecaman identiti 298 korban nahas itu. Daripada jumlah korban itu, 193 adalah rakyat Netherlands. Negara itu juga akan mengetuai proses siasatan nahas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas mahu semua mayat 44 warga Malaysia yang telah dikenalpasti dibawa pulang dan disemadikan di negara ini sebelum Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya itu dijangka jatuh Isnin ini.



Saya menuntut pihak2 terbabit beri kerjasama agar kita dpt bawa pulang mayat2 warga M’sia utk disemadikan di tanahair sblm Aidilfitri #MH17
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 21, 2014



Kementerian Pertahanan Netherland sebelum ini memaklumkan mayat-mayat itu akan dibawa dengan pesawat C-130 Hercules milik negara itu dan sebuah pesawat C-17 milik Australia. Sebaik tiba di Eindhoven, mayat-mayat itu akan dibawa ke berek tentera di Hilversum, kira-kira 100 kilometer dari sana.

Semua negara terlibat termasuk Malaysia, Australia, Britain dan Jerman telah mengirimkan pakar forensik ke Ukraine dan Netherlands untuk proses pengecaman tersebut.

Dalam perkembangan lain, Rutte enggan membincangkan kemungkinan sekatan tambahan ke atas Rusia. Katanya, perkara itu sedang dibincangkan oleh menteri-menteri luar Kesatuan Eropah di Brussels.

Netherlands bagaimanapun, katanya, tidak membantah sebarang sekatan ke atas Rusia.

Rusia didakwa terlibat dalam nahas ini kerana ia mendukung kumpulan pemberontak di timur Ukraine yang sedang berperang dengan tentera kerajaan Ukraine.

Kumpulan itu diketuai oleh Alexander Borodai yang mendakwa dirinya perdana menteri wilayah yang digelar sebagai Republik Rakyat Donetsk yang menggerakkan kempen keluar dari Ukraine.

Ukraine menuduh kumpulan pemberontak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines itu. Tuduhan itu bagaimanapun dinafikan oleh kumpulan tersebut yang sebaliknya menuduh Ukraine terlibat.

Rusia dalam pada itu menafikan tuduhan sama. Ia sebaliknya menimbulkan beberapa persoalan termasuk adanya pesawat tentera udara Ukraine yang dikatakan terbang dekat pesawat penerbangan MH17 semasa kejadian.



awani


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive