Sejak petang semalam, pengguna FB heboh memperkatakan beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang wanita dipercayai bukan Islam memakai baju batik dengan corak ayat suci al-Quran. Berdasarkan maklumat di laman sosial, ayat al-Quran yang dicetak pada baju itu dikatakan dari surah al Fatihah.
Berdasarkan gambar yang tersebar, seorang lelaki berbangsa Arab kelihatan memarahi wanita itu. Kejadian dikatakan berlaku di Pasar Raya Hero, Taman Dagang, Ampang. Tiada maklumat lanjut tentang butiran dialog antara lelaki Arab itu dengan wanita tersebut.
Namun tweet KPN memberikan sedikit maklumat yang lebih jelas. Menurut beliau, wanita yang seperti berbangsa Cina itu ialah wanita Korea. Dia dikatakan membeli baju itu di India dan baru sampai di Malaysia untuk melancong.
Oleh itu, beliau meminta rakyat Malaysia agar bersabar dan memberikan peluang kepada anggota polis untuk menyiasat perkara ini. -DCM
Tanya dulu dari mana dia dapat kain tu. Jangan salahkan yg memakai tapi yg membuat tu terlepas begitu saja.
BalasPadamApa bodoh sangat ni. Kalau dia rakyat Malaysia perlu sensitif perkara macam ni. Tak kan tak faham atau sengaja buat tak faham. Hang gebu yg bangang macam dia juga ape pasal...Kalau hang bukan Islam den harap pahamilah sentimen rakyat Malaysia yg berbilang kaum dan agama.
BalasPadamAduhai ko ni lg bangang. Xbaca artikel ke kata die wanita korea dan beli baju kat india. Berjalan2 kat malaysia. Bukan org malaysia, bukan org islam, mane die nk paham ape2!! Org korea xsemua kristian so mane die nk tahu pakai baju bertulis ayat al-quran tu satu penghinaan. Bodoh punya org, spesis mengata tak tahu fakta. Tang ni aku malu nk ngaku melayu tgok perangai hang.
PadamFaktanya kbnyakan org kristian tahu org islam menganggap perbuatan mcm ni menghina agama islam. Jgn salah paham naa...
Padam