Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 05, 2009

IPOH TENANG MENANTI



Walau apa terjadi dengan kedudukan dun negeri Perak, keadaan di sekitar Ipoh tetap tenang bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Tinjauan sekitar kediaman Menteri Besar pagi tadi juga kelihatan aman damai. Malam ini dijangka, rakyat yang menyokong DS Nizar Jamaluddin akan berhimpun bagi memberi semangat dan perangsang kepada kerajaan Pakatan Rakyat.



-------------------------------------------------------------------------------------
TERKINI...

Najib mengadap Sultan Perak 30 minit
Sidang media dijangka 12.30 tengah hari ini



Oleh G. MANIMARAN
MSTAR

[DIKEMAS KINI, 10.40 PAGI] PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah berada di Istana Kinta kira-kira 30 minit untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah dipercayai bagi memaklumkan secara rasmi Barisan Nasional (BN) mempunyai sokongan untuk menubuhkan kerajaan baru.


Najib, Pengerusi BN Perak tiba di Istana Kinta pukul 9.50 pagi tadi dan keluar 30 minit kemudian.


Sejurus selepas itu beliau menuju ke Bangunan Umno Perak untuk mesyuarat.


Najib, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN dijadual mengadakan sidang media pukul 12.30 tengah hari ini.


Turut hadir di Istana Kinta di Ipoh ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Pengerusi BN Negeri.
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive