Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 23, 2009

KERETA LAMA JADI BARU



Jual kereta lama, potongan RM5,000 untuk kereta baru

ALOR SETAR: Jual kereta lama dan beli kereta baru dengan potongan harga sebanyak RM5,000 itu adalah antara cadangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk merangsangkan industri automobil negara.

Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan insentif pembelian kereta baru itu dikemukakan kepada Kementerian Kewangan sempena bajet mini yang akan dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 10 Mac depan.

Katanya insentif itu bertujuan meningkatkan pasaran automobil yang dipercayai merosot ekoran kelembapan ekonomi dunia.

Beliau berkata jika cadangan itu diterima, pemilik kenderaan berusia lebih 15 tahun yang mahu melupuskan kenderaan mereka berpeluang membeli kenderaan baru dengan pengurangan harga.

"Insentif RM5,000 itu mungkin dalam bentuk cukai eksais atau cukai jualan dan mekanisme pelaksanaannya sedang diteliti," kata beliau selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama pemimpin Umno anjuran Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah di sini hari ini.

Setakat ini, terdapat lebih satu juta buah kenderaan berusia lebih 15 tahun dan sedang berada di atas jalan raya.

Kerajaan tidak boleh menghalang rakyat untuk menggunakan kenderaan lama ekoran tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

Muhyiddin berkata cadangan itu akan menguntungkan semua pihak iaitu pengguna mendapat insentif untuk membeli kereta baru, syarikat automobil mendapat pasaran tempatan yang memberangsangkan dan kerajaan memperoleh hasil menerusi cukai kenderaan. BERNAMA

KALAU JADI LEPAS NI BOLEH LA BELI KERETA LAMA TAHUN 1970AN YANG HARGA DALAM RM1000 KE BAWAH,LEPAS TU JUAL DAPAT LA POTONGAN RM5000 UNTUK BELI KERETA BARU.TANGKAP LA WISH KA,CAMRY KA....

2 ulasan:

  1. Bagi aku sebenarnya tak menguntungkan pada rakyat di negara ni. Secara logik insentif tu dalam bentuk cukai eksesais atau cukai jualan, sebenarnya dua benda ni tidak dapat dekat rakyat. Dua benda ini akan dapat kat pengeluar atau pengimport. Apakah jaminan dari kerajaan bahawa pengeluar dan pengimport akan menurunkan harga kereta. Dengan masalah ekonomi global ini insentif ini akan memberi keuntungan pada pengeluar dan pengimport. Ini adalah kerana apabila cukai ini dikurangkan, margin keuntungan semakin melebar. Dengan ekonomi merundung, margin keuntungan ini yang diperlukan oleh pengeluar dan pengimport untuk menampung kerugian yang dihadapi. Akhirnya rakyat juga yang merana...

    BalasPadam
  2. MEMANG ITULAH DASAR KERAJAAN BN SEJAK 52 TAHUN LALU LEBIH SENANG MENYUSAHKAN RAKYAT DAN LEBIH SUSAH UNTUK MENYUSAHKAN GERGASI KORPORAT.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive