Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 09, 2009

KERAJAAN DIJANGKA MENAIKKAN HARGA KATAK REBUS



Harga katak naik melambung minggu ini berdasarkan senario politik semasa.Tidak dapat tidak rakyat jelata terpaksa membayar pada harga yang mahal kerana katak-katak ini mudah melompat ke mana saja sesuka hati mereka.Kenaikan harga ini juga di dorong oleh kurangnya minat orang-ramai terhadap spesis katak merah model tanpa bluetooth keluaran tahun 1946.Walaubagaimanapun spesis ini adalah keluaran dari kilang yang sama sepertimana katak merah,cuma warna cover dicat birumuda dan dilengkapi bluetooth,wifi serta gps untuk mengesan kedudukan ketika orang ramai menyangka mereka hilang.

Katak spesis ini juga sukar dikawal pergerakannya.Dia akan menghilang selama beberapa hari sebelum melompat ke dalam kolam yang banyak larva jentik-jentik ataupun takungan yang banyak daki serta penuh dengan kepala taik.

Harga katak ini ditentukan berdasarkan tahap lompatan mereka.Bagi katak yang dapat melompat 2 kali seminggu,harganya adalah lebih mahal sekitar 50 juta seekor. Lebih mahal dari harga 46 ekor lembu korban yang berharga sekitar RM110,400.

Penganalisis harga katak berpendapat,walaupun harga katak spesis ini tinggi namun ianya tidak langsung bernilai dari segi moral seekor katak.

Bagi mengekalkan harga katak-katak ini pada harga syiling,langkah-langkah telah diambil bagi membendung gejala mati katak di kalangan katak terpaksa diambil kerana pemburu-pemburu katak semakin berani menangkap katak secara haram dewasa ini.Ada pemburu berkata,sangat mudah untuk menangkap katak jenis ini kerana akal mereka dipasang di lutut.Biasanya mereka menangkap 3 atau 4 ekor sekaligus tanpa memikirkan kesan terhadap alam sekitar dan kesejahteraan sejagat.
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive