Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Disember 11, 2009

Mas kahwin Selangor RM300



Kadar mas kahwin negeri Selangor dipinda kepada minima RM300 bermula Januari 2010 berbanding kadar asal iaitu hanya RM80 setelah diperkenankan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kadar tersebut dinaikkan bagi memartabatkan wanita pada hari ini memandangkan kadar mas kahwin terdahulu terlalu rendah dan tidak pernah dinaikkan sejak dahulu lagi.

"Tidak mungkin kita menilai seorang isteri dengan nilai RM80 dan kadar RM300 ini adalah munasabah pada zaman ini bagi semua peringkat golongan masyarakat," katanya.

Menurutnya, kadar ditetapkan ini adalah jumlah minima dan menggalakkan mana-mana pasangan pengantin yang ingin membayar lebih.

Khusrin berkata, pindaan ini masih belum menerima sebarang bantahan daripada orang ramai dan menyifatkan tindakan seumpama itu adalah tidak wajar dilakukan kerana niat memperisterikan seorang wanita harus dinilai daripada aspek positif bagi meninggikan martabat kaum itu sebagaimana dituntut Islam.

"Jika pasangan pengantin mampu memberikan hantaran sehingga berjumlah ribuan ringgit, mengapa mas kahwin berjumlah RM300 menjadi suatu beban sedangkan jumlah hantaran itu sendiri boleh 'ditukarkan' kepada mas kahwin dan pasti jumlahnya lebih besar dan bernilai," katanya kepada media selepas merasmikan majlis pelancaran Kad Perakuan Nikah Pintar (NCRKad) di Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS), Shah Alam, kelmarin. - Hadri Yaziz

tvs

Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive