Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Disember 10, 2009

Najib sokong Dr M atau Nazri?



SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatakan pendirian sama ada menyebelahi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ataupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berhubung isu Biro Tata Negara (BTN).

Menurutnya, isu ini merupakan satu ujian penting kepada konsep 1Malaysia yang diasaskan Najib kerana semakin ramai pemimpin sedar bahawa BTN menyemai semangat perkauman yang tinggi di kalangan rakyat.

Katanya lagi, kenyataan terbuka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang menyebelahi Mahathir mempertahankan BTN membuktikan UMNO sebagai sebuah parti perkauman.

“Persoalan kenapa UMNO meneruskan ideologi perkauman terhadap kerajaan dan negara serta menukar BTN menjadi alat menyebarkan doktrin perkauman adalah bertentangan dengan wawasan 2020 yang mahu mewujudkan Bangsa Malaysia dan konsep 1Malaysia.

“Oleh itu, isu ini menjadi ujian terpenting Perdana Menteri dan beliau harus menyatakan pendiriannya, setakat ini hanya seorang sahaja pemimpin UMNO yang mahukan BTN ditutup iaitu Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah,” katanya semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut menuntut kesemua pemimpin dan parti dalam Barisan Nasional (BN) termasuk dari Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat secara keseluruhan.

“Najib harus menyedari bahawa dengan perkembangan terbaru isu BTN sekarang, konsep dan slogan 1Malaysia yang beliau bawa berada dalam keadaan terumbang-ambing,” katanya.

Isnin lalu, Nazri dalam kenyataan media di lobi Parlimen menyifatkan Mahathir bersifat ‘amat perkauman’ kerana mempertahankan BTN manakala Mahathir dalam kenyataan balasnya kelmarin mencabar Nazri untuk keluar dari UMNO kerana parti tersebut terdiri dari satu kaum sahaja.

sinarharian


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. BTN - wujud untuk mempromosikan kemelayuan UMNO naijahnya adalah undi orang Melayu..tidak lebih daripada itu.

    Satu agenda untuk memberi nafas kepada UMNO

    BalasPadam
  2. Dato Nazri, saya kesal dengan komen anda yang tak meletakkan anda sebagai seorang ahli politik yang tidak jelas. Saya seorang rakyat biasa pun boleh fikir penjelasan bekas PM Dr M itu jelas dan patriotik. Tadi petang saya tanya seorang rakan cina tentang perkara ini. Dia kata Dato Nazri itu adalah jawapan bukan bijak. Malah jelas tidak mempunyai latar belakang sayangkan negara. Saya dan rakan cina tersebut pernah menjalani latihan BTN. Matlamat BTN betul ingin martabat bangsa melayu sebagai bangsa terulung di malaysia disamping itu tak menafikan hak bangsa lain.. seperti jadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Msia. Came on Dato be smart. U is a minister macam mn boleh mengatakan Dr M itu racist?, rakan saya yang bangsa cina pun tahu niat negara mahu semua bangsa mahu kan Bangsa melayu, agama islam dan bahasa melayu diterima oleh semua bangsa sebagai sati paksi penyatuan antara semua bangsa berasaskan MELAYU itu sendiri. Jangan terlalu lemah akal ini membuat kenyataan yang sungguh jelas yang menunjukkan Dato seorang yang begitu tidak FAHAM ERTI PATRIOTIK. Saya sentiasa menasihat pada anak saya yang belajar ke luar negara agar memghormati bangsa majoriti negera mereka belajar/menstautin dengan penuh rasa penghormatan. Its fare Dato. Be clever. Jgn buat kenyataan yang sungguh memalukan diri Dato yang lemah dan tidak bijak dan layak menjadi seorang menteri mahu pun ahli politik. jangan suka porak perandakan NEGARA dengan sentimen yang hapak dan hipokrit DATO. Memartabat Bahasa Melayu itu kan salah satu ranting kearah semangat 1 MALAYSIA.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive