Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Disember 13, 2009

Pak Lah Tidak Usah Menegakkan Benang Yang Basah



Susulan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mendakwa Biro Tata Negara (BTN) tidak bersifat perkauman.

Bagaimanapun kenyataan itu diselar bekas pengarah BTN, Johari Abdul yang menyifatkan kenyataan Tun Abdullah itu menegakkan benang yang basah.

“ Pak Lah mungkin kata ada individu. Ya mungkin ada individu tetapi kalau ada kursus kita, individu itu menyebut dalam kursus kita, individu ini sebahagian dari pensyarah kita, sebahagian daripada fasilitator kita, kita kena ambil tanggungjawablah. Kita katalah kita mengakui dan rombak. Apa yang nak pertahankan? Rakyat semua tahu, tak payah hendaki menegakkan benang yang basahlah!” kata Johari kepada TV Selangor.

Tun Abdullah dalam laporan Berita Harian hari ini berkata, beliau tidak nampak adanya unsur perkauman dalam program anjuran kerajaan itu.

Tun bagaimanapun tidak pula menidakkan individu rasis dalam program berkenaan.

Johari Abdul ketika dihubungi TV Selangor berkata, apapun jua yang dikatakan Tun Abdullah, para peserta dan rakyat yang pernah menyertai kursus BTN lebih mengetahui apa yang berlaku dalam kursus tersebut.

“ Pak Lah tidak payah menidakkan lah. Saya ingat sudah beratus ribu atau juta orang yang telah melalui kursus BTN tu…”.

Tambahnya lagi, beliau bersetuju dengan sikap dan pendirian yang ditunjukkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang lebih terbuka dalam mengakui kesilapan pihak kerajaan.

Johari juga menyarankan jika UMNO mahu terus mewujudkan sebuah program rasis, maka mereka boleh mengadakan kursus mereka sendiri tanpa menggunakan duit rakyat.

“ BTN harus bertanggungjawab. Bila kita menjemput penceramah dan penceramah itu menggunakan elemen rasis dalam ceramah-ceramah tersebut, dalam kursus-kursus tersebut, makanya pelanggan atau peserta kursus tersebut (beranggapan) orang yang memberikan input ini sebahagian daripada BTN”.

“ Saya bersetuju dengan Datuk Nazri Aziz supaya jangan pertahankan. Mengaku sahajalah ada silap dan rombak kan. Itu saya minta. Tetapi kalau dia hendak rasis, dia hendak kata apa, dia hendak gunakan fitnah dan sebagainya, dia boleh buat tetapi buat dalam kursus UMNO lah. Yang UMNO cari duit, buatlah!”.

tvs


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. http://selamatkanpastgna.blogspot.com/2009/12/pemburu-syahid-wajib-insaf.html

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive