Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Disember 12, 2009

PAS sokong Nga, dakwa bukti kegagalan BN

KUALA LUMPUR, 11 Dis — PAS menyokong kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming sambil menyifatkan ia membuktikan kegagalan kerajaan pusat dalam pengagihan dana dan bantuan secara berkesan kepada pelbagai agama di negara ini.


“Sebenarnya adalah satu dari bukti nyata bahawa kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama ini gagal dalam memberikan penjelasan terhadap kaedah yang dilaksanakan dalam isu pemberian dana dan bantuan kepada rakyat pelbagai agama dan kaum dalam negara ini,” kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.


Idris berkata hanya PAS mampu memberikan keadilan kepada semua dan menolak sebarang tindakan menzalimi penganut agama lain.


Sehubungan itu beliau berharap agar isu mengenai peruntukan terhadap institusi Islam tidak menjadi bahan pertikaian dan polemik kerana ia boleh diselesaikan melalui perundingan dengan mengambil contoh pentadbiran Kelantan sebagai model rujukan.


“PAS juga tidak menolak tuntutan penganut agama lain bagi mendapatkan hak mereka secara adil dan kita yakin perkara ini boleh dibincangkan secara bijak dengan mengambil contoh terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama hampir 20 tahun ini,” katanya.


Menurut Idris, PAS menghormati hak umat Islam dan penganut agama lain tentang Kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh Pelembagaan Persekutuan.


Perlembagaan katanya dengan jelas menetapkan setiap penganut agama, berhak mengurus tadbir agama masing-masing tanpa mengganggu kepentingan penganut agama lain.


“PAS menasihatkan agar semua pemimpin politik dan NGO dapat bertenang dan tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk menidakkan hak setiap penganut agama di negara ini.


“Sama ada mereka Islam atau tidak, jika kita ada rasa hormat sebarang masalah boleh diselesaikan,” katanya.


Idris juga berharap pemimpin politik dan badan bukan kerajaan (NGO) menjaga tindakan dan kenyataan mereka agar tidak disalah tafsir sehingga mencetuskan sentimen agama dan perkauman.


“Kita juga menyeru agar semua pihak menghormati hak dan kebebasan setiap agama dan kaum yang dijamin dalam Perlembagaan Negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat,” katanya.


Semalam Nga menegaskan kenyataannya berhubung isu peruntukan kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan bukan Islam telah diputar belit dan dijadikan bahan menghasut sentimen perkauman oleh sesetengah media.


Jelas Nga, dalam kenyataan kelmarin beliau hanya merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Prdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta membina dan menyelenggara 611 buah masjid tetapi satu jumlah kecil, iaitu RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.


Justeru beliau memohon supaya agihan lebih adil disalurkan kepada rakyat beragama bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan.


Nga yang membaca kenyataannya pada sidang akhbar di lobi Parlimen turut menegaskan bahawa agama Islam adalah agama suci yang mengajar semua pihak berlaku adil.


“Saya berasa kesal bahawa laporan Utusan Malaysia dengan tajuk Kor Ming persoalkan kerajaan bina masjid adalah salah dan berunsur hasutan. Tajuk tersebut adalah dipapar oleh editor akhbar berkenaan tanpa pengetahuan saya,” katanya.


Tambah Nga beliau juga berasa kesal sesetengah pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Wan Mohamed Sheikh Abd. Aziz dan beberapa badan bukan kerajaan telah membuat kenyataan dan dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks kenyataannya.

themalaysianinsider

Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive