Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Disember 11, 2009

Peniaga ikan persoal tindakan Puspakom


TEMERLOH - Kira-kira 35 peniaga ikan di daerah ini berkumpul bagi menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Puspakom yang mengarahkan bekas takungan ikan pada lori mereka ditanggalkan ketika menjalani pemeriksaan kenderaan baru-baru ini.

Hal ini keran:a arahan berkenaan dikeluarkan secara tiba-tiba, tanpa sebarang notis dikeluarkan.

Seorang peniaga ikan yang ditemui, Salleh Tarmidi, 46, berkata, dia hairan mengapa arahan berkenaan baru dikuatkuasakan, sedangkan sebelum ini Puspakom tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk berbuat demikian.

Menurutnya, takungan ikan pada lori peniaga bukan baru dipasang, sebaliknya ia telah digunakan sejak 30 tahun lalu dan sebelum ini tiada masalah mengenai perkara terbabit.

“Kami sudah lama menggunakan takungan terbabit, dan penggunaannya banyak memudahkan peniaga, menjamin keselamatan lori dan orang awam. Jika peniaga tidak memasang takungan itu sudah pasti jangka hayat lori peniaga tidak lama kerana berkarat.

“Jika kami tidak memasang takung tempat menyimpan ikan ini, pasti air ikan akan terkena pada kenderaan orang awam. Dengan adanya takung ini yang dilengkapi saluran membuang air, maka air tidak menitik sehingga terkena kenderaan yang mengekori lori kami ketika di jalan raya.:

“Harga sebuah takung ikan itu bernilai RM3,000 bagi lori satu tan dan untuk memasangnya RM500 diperlukan. Sekiranya kami perlu membukanya kembali, ia akan membabitkan kos RM500 lagi. Ini mendatangkan beban kepada peniaga kerana pendapatan daripada jualan ikan tidak begitu besar,” katanya.

Salleh be:rkata, jika peniaga tidak memasang takungan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyaman mereka dan keadaan ini menyebabkan mereka serba salah.

Rakannya, Alias Jaini, 42, berkata, dia sudah membuat pemeriksaan di Puspakom dan mereka mengarahkan supaya takungan ditanggalkan, menyebabkan dia mengalami kerugian RM700.

Menurutnya, lorinya mengalami banyak kerosakan akibat kerja-kerja menanggalkan takungan itu.

“Jika takungan ini dibuka bagaimana kami mahu berniaga. Masalah ini benar-benar mengecewakan kami dan menyebabkan kami hilang punca pendapatan,” katanya.

sinarharian


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Hehe..Otak pegawai dan pekerja puspakom memang ltak kat lutut..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive