Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Disember 05, 2009

Siasat Empat Set DMU - PR



Pakatan Rakyat hari ini menggesa Jawatankuasa Kira-kira wang Negera (PAC) untuk menyiasat pembelian empat set tren Diesel Multiple Units (DMU) terpakai dari Sepanyol yang bernilai RM 30 juta ringgit.

Dalam sidang media di lobi parlimen semalam, beberapa ahli parlimen dari Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim mahu PAC dan menteri segera merungkai misteri pembelian empat keretapi yang dilengkapi dengan gerabak itu, kerana jelas ada sesuatu yang tidak kena.

“ Kita lihat ada banyak perkara yang kita tidak puas hati dan ia berbaur penyelewengan” katanya.

Zahrain berkata, Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat seharusnya turun padang menyelesaikan pertikaian ini, jika tidak, Malaysia akan terus dilihat sebagai sebuah negara yang mudah diperbodohkan oleh negara luar.

Katanya, ini kerana keretapi yang sama telah dibeli oleh kerajaan Costa Rica dengan harga 2 juta euro ataupun lebih kurang Rm 10 juta ringgit namun Malaysia terpaksa membayar dengan harga 6 euro atau lebih kurang RM 30 juta ringgit.

“ Selain daripada PAC, kita mahu menteri to come clean this issue sebab kita nampak ada banyak perkara yang tidak masuk akal. Malaysia ini ditadbir seperti cara bodoh”, tambahnya lagi.

Apa yang lebih misteri, pembelian set keretapi dan gerabak ini telah ditolak sebanyak tiga kali oleh Lembaga Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), namun Kementerian Pengangkutan tetap meneruskan pembelian berkenaan.

Gusar budaya seperti ini akan berterusan dalam kerajaan Malaysia, kerajaan Pakatan Rakyat akan segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat hal ini.

tvs


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive