Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 01, 2011

BERSIH: MUNGKIN ISYTIHAR DARURAT?



Bersih 2.0: Kerajaan Serah Kepada Polis - Najib

Oleh MAZWIN NIK ANIS dan MUGUNTAN VANAR

SIPITANG (Sabah): Kerajaan menyerahkan kepada polis bagi menangani perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini termasuk mengisytiharkan darurat untuk memastikan ketenteraman awam tidak digugat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, memastikan kedaulatan undang-undang merupakan tugas polis dan terpulang kepada mereka membuat sebarang keputusan.

"Terpulang kepada polis mereka mengikut situasi. Itu tanggungjawab mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Gata 2011 di sini, Khamis sebagai mengulas dakwaan pembangkang bahawa kerajaan mungkin mengisytiharkan darrat bagi menangani perarakan Bersih 2.0.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menolak dakwaan bahawa Malaysia semakin tidak demokratik apabila apabila menghalang demonstrasi jalanan.

Kata beliau, proses pilihan raya negara ini dikagumi dan dihormati dunia sebagai yang adil serta bebas dengan pembangkang turut merampas beberapa negeri sebagai buktinya pada Pilihan Raya Umum 2008.

Bagaimanapun, Najib menegaskan bahawa kerajaan menunaikan tanggungjawabnya kepada pengundi yang mahukan negara yang selamat dan stabil.

"Perarakan ada kebarangkalian bertukar kepada rusuhan. Sebab itu kita tidak boleh pandang ringan. Ini sukar dikawal dan jika berlaku akan menggugat rakyat dan negara," tambah beliau.-mstar

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. kalau di isytiharkan darurat tue,memang lawak bodohlah..

    Sensasi saat ini:
    Tiket Wayang Free!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive