Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 01, 2011

Guna wang zakat: Izzah mahu Mashitah dirujuk JK Hak Dan Kebebasan


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa Speaker Dewan Rakyat merujuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan parlimen kerana mengelirukan dewan.
Izzah mendakwa jawapan diberikan Mashitah bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berhubung penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) .
Ia berhubung pertanyaan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution 21 Jun lalu, mengenai penggunaan wang zakat bagi membayar khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Jamil Khir dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.
Mashitah menjawab sebanyak RM31,150.00 digunakan bagi membayar kos guaman kepada Syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir yang telah ditandatangani sendiri Che Mat, yang juga Setiausaha MAIWP pada 21 April tahun lalu.
Dua hari selepas Mashitah memberi jawapan di Parlimen, Jamil mengeluarkan kenyataan yang bercanggah, iaitu wang yang digunakan bukan wang zakat sebaliknya peruntukan kementerian.
“Peraturan Mesyuarat 36 (12) menyatakan, mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” kata Izzah.
Tambahnya, usul ini juga telah diberikan secara bertulis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Berhormat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berikutan nasihat beliau.
“Secara khusus, Datuk Seri Jamil Khir menyatakan ‘Tuduhan mengenai penggunaan wang zakat ini adalah satu kesilapan dan kekeliruan’.
“Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri ini mengelirukan Dewan Rakyat. Persoalan sudah ditujukan kepada Mashitah oleh Ahli Parlimen Machang, sehingga Mashitah masih berpegang kepada jawapannya.
“Sudah tiba masanya penjawat jawatan tertinggi kerajaan pusat dipertanggungjawabkan, jikalau mereka didapati membohongi rakyat jelata,” tegas Izzah.

KD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive