Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 04, 2011

Guru Terbunuh Dalam Perjalanan Ambil Isteri


REMUK... Orang ramai melihat kereta yang dipandu seorang guru, Ahmad Yusrizal Yusoff, 30, dari SK Langkap, Setiu yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak kelapa sawit di kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu - Jerteh dekat Kampung Sungai Tong di Setiu, Rabu. Ahmad Yusrizal dikatakan memandu berseorangan setelah selesai mengajar untuk mengambil isterinya Azlina Mohd Razali di SMK Sungai Tong sebelum nahas itu berlaku. - Foto BERNAMA

BESUT: Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu terbunuh setelah kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Sungai Tong petang Rabu.

Mangsa Ahmad Yusrizal Yusof, 30, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian muka dan badan akibat perlanggaran tersebut yang berlaku kira-kira pukul 1.35 petang.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Supritendan Rohaizat Mohd Ani berkata ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan untuk mengambil isterinya, Azlina Mohd Razali yang mengajar di SMK Sungai Tong setelah habis mengajar.

Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan terbabas di satu selekoh tajam sebelum berlanggar secara berhadapan dengan lori tangki minyak kelapa sawit yang dalam perjalanan ke Kota Baharu.

Rohaizat bagaimanapun memberitahu maklumat pemandu lori tangki itu belum diperoleh tetapi difahamkan hanya mengalami cedera ringan.

"Ahmad Yusrizal sering berulang ke sekolahnya dari rumahnya di Kuala Terengganu itu meninggal dunia di tempat kejadian," kata Rohaizat ketika dihubungi Bernama.

Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas termasuk kumpulan Konvoi Kembara Merdeka yang dalam perjalanan ke daerah Besut untuk menyertai satu program berbuka puasa di Masjid As Solihin dekat Padang Luas, Jerteh. - BERNAMA

mstar

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive