Selasa, Julai 17, 2012
Najib hanya mampu cakap besar bukan menang besar
Oleh Zulkifli Yahaya
PERDANA Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menyusahkan rakyat mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang masih menjadi tanda tanya hingga ke saat ini. Para ahlul nujum politik pun sudah jemu untuk meramal setelah sekurang-kurang tiga masa dianggap terbaik untuk BN mengadakan PRU berlalu begitu sahaja.
PRU adalah perkara besar. Di samping banyak pihak yang terbabit dengan PRU, jika berlaku pula pertukaran kerajaan maka lagi banyak perubahan yang akan berlaku. Sebab itu tidak pelik jika ada pihak yang sentiasa dalam dilema untuk merancang aktiviti kehidupan seharian selagi Najib belum bubarkan Parlimen. Hendak menunaikan umrah, haji, melancong, berpindah rumah, kenduri kendara bahkan nak khatankan anak pun jadi dilema dalam penentuan tarikh.
Jabatan-jabatan kerajaan pun begitu. Hampir semua jabatan kerajaan yang terbabit langsung jika berlaku pilihan raya tidak dapat menyenaraikan agenda dalam takwim tahunan dengan selesa.
Jika berlaku pilihan raya, semua perancangan terpaksa dirombak. Persediaan untuk menghadapi pilihan raya terpaksa dibuat ke tahap maksimum sedangkan tarikh pilihan raya tidak diketahui.
Umno dengan angkuh melanyak PAS kerana kononnya lebih pentingkan politik daripada ibadah haji apabila Ketua Penerangan PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati orang terbabit dengan PRU dalam PAS supaya menangguhkan haji. Walhal jika PRU dibuat pada musim haji, tiada seorang tokoh Umno yang tergilagila nak jadi calon akan ke Tanah Suci. Perangai hipokrit Umno tak pernah berubah sejak dulu dan kini.
Perdana Menteri berhak bubarkan Parlimen manakala Menteri Besar berkuasa membubarkan Dun. Mujur empat ketua kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri sekarang tidak putuskan untuk bubarkan Dun berbeza daripada Pusat. Jika ia berlaku, berapa banyak pula duit rakyat yang terpaksa dibazirkan oleh SPR.
Semua karenah yang timbul akibat daripada penyembunyian tarikh PRU ini ialah kerana peruntukan perlembagaan sedia ada memberi kuasa sepenuhnya kepada seorang Perdana Menteri untuk menentukan tarikh PRU.
Tidak banyak sudah negara di dunia ini di mana tarikh PRU ditentukan dari awal pentadbiran sesebuah kerajaan. Tinggal beberapa buah negara yang sangat primitif amalan demokrasinya yang diketuai oleh Zimbabwe masih mengamalkan kaedah kuno ini.
Tarikh PRU di negara ini bukan dibuat mengikut keselesaan rakyat tetapi sejauh mana parti yang memerintah mampu menang besar dalam PRU. Malangnya hingga ke saat ini Najib masih belum menjumpai tarikh yang memungkinkan BN menang besar.
Walaupun beliau sudah menjelajah ke seluruh negara, semua kelompok manusia daripada pelbagai kalangan sudah ditemui dan setiap perhimpunan kehadirannya dilaporkan mencecah puluhan ribu tapi tetap tak meyakinkan BN. Di setiap perjumpaan Najib berucap seolah-olah pembangkang di Malaysia sudah pupus dan BN mampu menang besar dalam PRU. Tapi hakikatnya Najib cuma mampu cakap besar tapi masih tak mampu menang besar.
Semakin Najib menangguhkan tarikh PRU, beliau sebenarnya semakin menyempitkan ruang untuk mengekalkan kuasa BN. BN sudah tidak mampu lagi untuk melonjakkan sokongan rakyat kerana apa yang dilakukan sekarang sudah melepasi zon tepu.
Sebanyak mana lagi ‘rasuah politik’ yang akan dihulurkan Najib atas nama sumbangan daripada kerajaan Pusat, ia sudah tidak mampu meningkatkan lagi sokongan terhadap BN dalam skala besar kerana pelbagai bantuan rakyat 1-Malaysia telah menempuh anti-klimaksnya apabila PRU tidak diadakan segera. Akhirnya jika bantuan terus diberikan pun, rakyat tidak lagi menganggap ia perkara besar melainkan ia adalah ‘perkara biasa’.
Dari aspek serangan isu terhadap Pakatan, BN semakin kehabisan peluru apabila terpaksa menggunakan isu kitar semula.
Penonjolan Umi Hafilda dan rangkaian bekas rakan-rakan Anwar sehingga saban hari dalam media arus dan asyik-asyik isu Anwar, Anwar, Anwar menimbulkan rasa jelak rakyat umum.
BN tidak untung apa-apa apabila isu RM3 bilion yang muncul 13 tahun lalu dikitar semula. Rakyat boleh fikir bahawa di negara ini ada polis dan ada SPRM, takkan lembab sangat sampai 13 tahun tak mampu selesaikan siasatan.
Rakyat mampu fikir bahawa jika ada penyelewengan babitkan Anwar, jangankan RM3 bilion, RM300 pun seleweng Anwar akan diseret ke mahkamah 13 tahun lalu.
Di pihak PAS, semakin tempoh permainan dipanjangkan oleh Najib nampaknya PAS semakin ghairah menggerakkan kebangkitan. Bayangkan setiap himpunan Hijau yang diadakan di seluruh negeri kehadirannya mencecah puluhan ribu. Umno pun tak terbayang sebelum ini PAS mampu adakan himpunan ala rapat raksasa sebesar itu di Johor, Perak, Melaka dan Pahang.
Semakin lambat PRU diadakan juga, seorang demi seorang bekas tokoh-tokoh besar dalam kerajaan menyertai PAS. Lebih memeningkan kepala Umno ialah seorang demi seorang artis ternama yang menyertai PAS, perkara yang tidak pernah dibayangkan lima tahun lalu.
Siapapun tidak hairan jika artis bersama Umno kerana budaya hedonisme dan Umno adalah sinonim. Tetapi jika artis yang insaf berhijrah ke dalam PAS, ia sangat luar biasa. Artis mempunyai peminat yang kadangkala lebih besar daripada orang politik.
Jika Najib mengadakan PRU bulan Mac lalu, maka Kedah adalah negeri Pakatan yang mungkin terjejas tekoran tragedi ‘ribut dalam cawan’. Alhamdulillah, kini semuanya sudah selesai.
Kepimpinan PAS Kedah sudah berada dalam satu saf yang mantap. Terima kasih
DD
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2012
(1452)
-
▼
Julai
(138)
- MAJLIS BERBUKA PUASA TERLAMPAU
- Apa yang serupa di antara UMNO dan PAP?
- LIVE: MALAYSIA VS MANCHESTER CITY
- Status terakhir BB isteri ditemui mati
- JANJI DITEPATI JADI TEMA MERDEKA TANDA BN DAH NAK ...
- TERKEJUT BEWAK!!! LIRIK LAGU JANJI DITEPATI TELAH ...
- LOGO MERDEKA PALING SERABAI
- MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan
- Bila Perempuan Tak Hargai Daranya
- Lagu Tema Janji Ditepati Ciplak Ke Bhai?
- LAWAK AHAD: PAK PANDIR UJI ANAK
- PEMENANG LOGO MERDEKA TERIMA HADIAH LAMBOGHINI
- Puasa, Ayam Goreng Dan Kegilaan Berbelanja
- Cukai kenderaan boleh dihapus jika keborosan Najib...
- TV HARAM
- Bukti Saintifik Kebenaran Al Quran – Big Bang & Bi...
- SAPA TIRU SAPA?
- Awang Adek dimalukan dengan isu KGT
- EXCO ARAH PANTAU KOPITIAM MASAK KATAK
- Gempar: Orang Ramai Terkejut, Pelacur Tiba-Tiba Bo...
- Umat Islam tanpa segan silu beli juadah tengah hari
- BN mungkin hilang separuh daripada kerusi Sabah
- Kisah Benar | Pengantin Mati Ketika Sujud Dalam Solat
- Kecoh ikan gergasi masuk kampung
- WAJAH PEROMPAK RM3JUTA
- Tamrin mahu MT Umno tunjuk sebab
- Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan
- LIVE: MALAYSIA VS ARSENAL
- Jatuh longkang di Taman Putra Ampang ,mayat dijump...
- Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah
- BANYAK BUKTI BN BERKAWAN KOMUNIS
- Pengerusi BN Tuaran Letak Jawatan
- GEMPAR! LAJIM UKIN JUMPA NIK AZIZ
- UMNO HINA ARTIS?
- Hebat Abe Soh!!! 19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu
- PENGENDALI BLOG TUNTUT TUNGGAKAN GAJI
- Bob Lokman Mungkin Bertanding Pada PRU 13
- Ura-ura pilihanraya September semakin kuat
- LAWAK AHAD: PANCING BAIK PUNYA
- Nahas helikopter: Dua mayat ditemui, seorang penum...
- WAKTU BERBUKA PUASA 2012
- Selangor usaha pecat CEO, pengerusi SYABAS
- LIVE: KELANTAN VS QPR
- Kait pembangkang dengan pengganas, JI diselar
- INFO PENTING IBADAH PUASA
- “Raja Komando” Mahu Saman Umi Hafilda
- Kerajaan Selangor Serah Notis Ambil Alih Syabas
- MUFSIDUN DAN K-POP APA ADA HAL
- PRU 13 setelah Anwar dipenjara
- Berita Panas: Fitnah Melampau Puak Pakatan Terhada...
- Konstabel maut terjun dari menara komunikasi
- Bongkar!! Jom Kenali Siapa Pewaris Sebenar Pusat J...
- Nurul Izzah: Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Papagomo?
- Leka mandi berbogel
- Kantoi! Tujuan Papa Gomo cipta fitnah liwat 3 terb...
- Mirzan digesa tinggalkan bisnes ‘arak’ sempena Ram...
- Sikap biadab bongkar rahsia diperkosa abang
- Najib hanya mampu cakap besar bukan menang besar
- MEDIA TROOPERS KA MEDIA TEROMPAH? KAH! KAH! KAH!
- Fuyooo...Makcik Tunggang Motorsikal Sejauh 260 km ...
- Seorang Lagi Selebriti Bersama PAS - Yatt Hamzah
- Kelibat UFO gemparkan China
- Rakaman Audio ucapan Timb. Ketua Pengarang Utusan ...
- LAWAK AHAD: MALAM PERTAMA YANG KANTOI
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 14/7/2012
- LIVE: KELANTAN VS SARAWAK
- GAMBAR HIMPUNAN OREN 14 JULAI 12
- BETOI KA ADA DALANG AMUK SAMURAI DI PUTRAJAYA?
- Dah nak tergolek baru panggil kami
- Polis benar Himpunan Oren berarak
- BERHATI-HATI BILA MANDI DI HOTEL
- Sepuluh Ceritera Menjelang Ramadhan
- AYAQ NAIK KEPALA PASAI NAK JADI MB SELANGOR
- Tayangan Dunia Akhir Zaman
- Konon mansuh Akta Hasutan bukti Najib demokrat pal...
- Isteri Projek Dengan Mat Bangla Di Ruang Tamu Keti...
- GEDEBE FAM GEDEBE
- LAWAK PAGI BUTA
- GADIS 13 TAHUN HAMIL SELEPAS BERENANG DI KOLAM
- Pelik, Tiada Ahli Keluarga & Sahabat Hadir Di Upac...
- Peminat bola sepak yang mustahil
- Remaja Keluar Ikut Tingkap Untuk Dirogol "Awie"
- 31 ditangkap di depan pejabat MB Pahang
- (Video) Ramai lagi artis akan sertai PAS - Dato' T...
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 10/7/2012
- Celcom Ingat Boleh Buat Ikut Suka Hati Mak Bapak D...
- Dua Anggota Polis Didakwa Samun Empat Warga Bangla...
- VIDEO AMUK PEDANG SAMURAI DI JPM PUTRAJAYA
- CERITA SEBENAR KEJADIAN AMUK DI JPM PUTRAJAYA
- LELAKI PEDANG SAMURAI SERANG JABATAN PERDANA MENTE...
- TERKINI: 2 Suspek Bawa Pedang Samurai Ceroboh Komp...
- 7 Cara Kempiskan Perut Buncit
- Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis
- PESERTA DEBAT BERGADUH,ACU PISTOL
- Penahanan Uncleseekers: Komuniti online timbulkan ...
- Sekarang Kita Dikuasai Mafia
- Isteri Berzina Dengan Majikan Sendiri
- Presiden Mesir disamakan dengan FIRAUN???
- LAWAK AHAD: KISAH MALAM PERTAMA,JANGAN CABUT SAMPA...
- APA LOJIKNYA ANWAR MAHU BERSARA DARI POLITIK?
-
▼
Julai
(138)