Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 12, 2012

GEDEBE FAM GEDEBE



FAM CETUS KONTROVERSI LAGI – TAN SRI ANNUAR MUSA KECEWA

Selepas tidak mahu membuat bantahan terhadap pasukan Myanmar yang menurunkan pemain lebih umur, Persatuan Bola Sepak Terulung Malaysia ( FAM ) sekali lagi mencetuskan kemarahan seluruh rakyat tempatan apabila enggan menyampaikan Piala Liga Super kepada pasukan Kelantan FA pada 14 Julai ini di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu sebaik tamat perlawanan menentang Sarawak.


Sebaliknya, FAM mengarahkan pihak pengurusan Kelantan FA hadir ke Wisma FAM pada 20 Julai untuk mengambil sendiri Piala tersebut.


Situasi ini membangkitkan kemarahan seluruh penyokong Kelantan yang merasakan pihak FAM tidak menghargai langsung pasukan Kelantan FA yang berjaya menebus maruah bola sepak Malaysia dari digadai oleh pasukan kelab dari Singapura iaitu Lions XII.


Tan Sri Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa Kecewa


Menurut Tansri Annuar Musa melalui facebooknya, Kelantan terlibat dengan pasukan EPL iaitu QPR pada 20 Julai dan sangat tidak sesuai untuk meraikan sebarang sambutan memandangkan ianya hari terakhir menjelang Ramadhan.Kelantan juga sudah menjadi Juara Liga pada 7 Julai dan mengapa Piala harus diberikan pada 20 Julai 2012 di Wisma FAM ?


Situasi seperti ini tidak timbul pada musim musim sebelum Kelantan FA menjadi juara kerana Sambutan Angkat Piala semuanya berlangsung di dalam stadium.


Pemain Selangor Raikan Piala Liga di Stadium Shah Alam


Piala Liga Super

Pemain Kedah meraikan Piala Liga di Stadium Darul Aman, Kedah.


Kelantan Juara Liga Super

Pemain Kelantan meraikan Piala Liga di Wisma FAM pada musim 2011.



kelantanfa.com

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama12/7/12 9:40 PG

    ok bro dah link

    BalasPadam
  2. Apa la punya BANGA*G F.A.M ni.. mmg mcm ada apa2 je dgn Team Kelantan F.A @ The Red Warriors ..Aku kutuk abis2san sikap dan tindak-tanduk F.A.M dgn keputusan yg dibuat oleh badan induk bolasepak tanah air kita ni terhadap Kelantan ..Walapun aku penyokong fanatik dan setia SELANGOR @ The Red Giants, yg merupakan antara musuh terketat TRW, tp aku lebih suka dan selesa dgn semangat kesukanan yg positif dan suasana persekitaran dlm dunia bolasepak tanah air yg adil dan profesional,lg pula keputusan F.A.M ini sudah melampau dan tidak mencerminkan badan yg berintegriti. Aku syor diwujudkan 1 lg badan yg berkaitan sukan bolasepak tp dalam bentuk sebagai badan yg bertanggungjawab menjaga hak2 dan kredibeliti pasukan.

    BalasPadam
  3. Bagus bro atas semangat kesukanan tu

    BalasPadam
  4. Feudalisma Assobiyyah Monarkis...Apek! Nur Azle! demo ketik sikit puak2 monarkis nie tiba Tiger Cup nnti!

    Dr dulu sampai skrang ambo prati FAM anti sunggoh pasukan Kelate dan jugok Teganu!

    Maklumlah Pahang ler ni sugung nuging nyior kat Liga Perdana!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive