Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 06, 2012

Suatu Pagi Yang Menginsafkan Dari Seorang Nenek

Assalamualaikum,


Pagi ini rutin ana seperti biasa, dan antaranya pergi menziarahi opah ana dan membeli makanan untuknya makan tengahari. Cuma hari ini tidak macam biasa dan ia suatu pagi yang sangat memberi keinsafan khususnya pada ana. Ana kongsi kisah ini supaya kita sama-sama dapat pengajaran darinya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, ana ternampak seorang tua berjalan lalu ana berhenti dan memberinya tumpang. Seorang nenek yang ingin ke klinik. Ana lihat kakinya berdarah, dia sakit lutut dan jalan terhuyung hayang. Sampai saja di klinik yang dituju, ana lihat klinik sudah tutup. Ditanya kenapa ke klinik Kook dan dia jawab badannya sudah gatal-gatal, ubat dah hilang xtau ke mana. Jadi ana bawa nenek ini ke sebuah lagi klinik dan nenek berkata tak perlu lah sebab beliau tidak berduit. Katanya doktor klinik Kook itu (doktor bukan Islam) memberinya ubat percuma, tak macam klinik-klinik lain. Nenek seorang yang miskin, mendapat bantuan Rm150 setiap bulan.

Dalam perjalanan, ana bertanya namanya dan umurnya. Beliau sudah berumur 83 tahun. Katanya hari ini lupa bawa tongkat, penat sikit jalan ke pekan. Ya Allah, nenek ini berjalan berkilometer ke pekan. Anaknya? Jirannya? Tiada yang nak membantu ke? Sampai di klinik terus daftarkan nenek. Ana ambil kad pengenalannya dan biarkan dia duduk. Kaki nenek nampak sangat penat dan berdarah. Nenek dapat nombor ke 23 jadi terpaksa tunggu.

Sambil menunggu bertemulah nenek dengan saudara lamanya. Nenek sudah lupa nama mereka tapi mereka ingat nenek. Lalu ditanya siapa ana, dimana anaknya dan sebagainya. Nenek ceritakan yang anaknya duduk di Ipoh, bekerja sebagai posmen dan ada anak yang bersekolah. Nenek tak duduk dengan anaknya sebab isterinya tidak suka kehadiran nenek. Nenek rindukan anaknya. Ana tersentak bila nenek kata anaknya datang setiap bulan tapi diminta bersama duit saku. Nenek kata biasanya dia beri RM100 pada anaknya dan RM50 disimpan untuk makan. Anak ini…ibunya keseorangan dan beliau hanya balik meminta wang saku? Hanya Allah Maha Mengetahui. Saudara nenek agak berang dan kata bunyi macam anak derhaka. Nenek memotong kata dan mengatakan anaknya sayang padanya, cuma isterinya tidak. Begitu pula?

Sebaik saja nenek habis check up, kami menunggu ubat. Saudara nenek menghulurkan nenek Rm50 sebagai sedekah, lagipun nenek memang golongan asnaf. Inilah kewajipan membayar zakat, untuk membantu orang seperti nenek. Nenek hulurkan wang pada ana untuk membayar perubatan dan ana menolak dan gunakan saja duit ana, duit ana milik Allah, ana pinjam dari Allah. Nenek kata bayarlah untuk minyak, minyak makin mahal. Ana menjawab, minyak juga milik Allah, ana meminjamnya saja. Kereta ana pun milik Allah, jika Allah ambil kembali maka tidak berkeretalah ana.

Nama nenek dipanggil dan ana ambil ubatnya. Bila ditanya berapa penolong klinik kata percuma. Alhamdulillah, ana ditemukan dengan doktor yang amat memahami. Nenek tersenyum dan kami bergegas balik. Rumah nenek jauh, kereta ana ke rumah nenek pun dalam 15 minit, bayangkan jika nenek berjalan kaki dan kaki yang lemah. Sampai di rumah yang hampir kosong, nenek mengajak ana minum dan masih ingin menghulurkan Rm50 yang diterimanya tadi. Ana menolak dan memberinya sedikit bantuan wang ringgit dan makanan (nenek minta dibelikan ikan mentah di pasar supaya boleh goreng, jadi ana beli 5 ekor) sebagai tanda kesyukuran ana kerana nikmat kesihatan dan kebaikan yang Allah kurniakan pada ana.

Ana berharapkan insaflah anak nenek kerana biarkan ibunya sendirian, mementingkan isterinya dan tidak menjaga ibunya di saat ibunya memerlukan. Jika Alqamah tidak mampu mengucap akibat derhaka pada ibunya, inikan pula kita. Rasulullah pernah bersabda, “Redha Allah bergantung kepada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung kepada murka kedua ibu dan bapa.” Riwayat Hakim. Ya Allah, semoga ana tidak menjadi anak yang derhaka. Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.

sebaikbaikcahaya.com

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. azmin Ali dan kita semua kene amik citer ni sbg pedoman..

    BalasPadam
  2. Peringatan untuk semua. Bukan untuk azmin sahaja.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive