Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Julai 03, 2012

Beri alasan demam elak dicekup


Penguat kuasa memeriksa dokumen pengenalan diri pasangan yang dicekup.

AMPANG - Seorang pelajar lelaki memberi alasan demam lalu membawa pulang teman wanitanya ke rumah sewanya di sebuah pangsapuri di sini, ketika ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, awal pagi semalam.

Pasangan yang berusia 25 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi, ketika sedang berdua-duaan dalam rumah berkenaan.

Lelaki yang berasal dari Kelantan itu mendakwa ibunya datang ke ibu kota untuk berjumpa dengan teman wanitanya yang bekerja sebagai pengurus pelanggan di sebuah syarikat
telekomunikasi.

“Selepas perjumpaan itu, saya tiba-tiba tidak sihat, batuk serta demam. Saya tidak dapat menghantar pulang teman wanita saya ke rumahnya di Damansara,” katanya ketika disoal siasat penguat kuasa.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita berpakaian lengkap dalam salah satu bilik di rumah berkenaan,” katanya.

Dalam operasi berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu, dua pasang kekasih berusia dalam lingkungan 21 hingga 31 tahun turut ditahan dipangsapuri sama.

Ahmad Nawi berkata, salah seorang gadis berkenaan pernah ditahan sebelum ini bersama lelaki lain.

“Gadis itu memberitahu bahawa dia akan ikut lelaki yang sanggup ‘menaja’ dia dan ketika ditahan dia hanya memakai baju paras lutut, manakala pasangannya berbaju dan berseluar
pendek,” katanya.

Beliau berkata, penguatkuasa mendapati sepasang kekasih sedang tidur dalam bilik berasingan.

“Kami mendapati gadis berusia 21 tahun itu memakai baju dan berseluar pendek, manakala pasangannya hanya berseluar pendek,” katanya.

Kedua-dua pasangan ditahan itu ada masih menuntut, bekerja di sebuah kedai sate, penganggur dan bekerja di sebuah pusat membeli-belah.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya kerap menerima aduan orang ramai yang mendakwa berlaku perbuatan tidak bermoral di rumah itu.

“Kesemua ditahan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga atau kenalan masing-masing
Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

SH

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive