Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 26, 2012

Gempar: Orang Ramai Terkejut, Pelacur Tiba-Tiba Boleh Berkeliaran Dalam Kawasan Masjid Negeri !

KUANTAN, 25 Julai - Orang ramai yang mahu menunaikan solat Tarawikh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini malam tadi gempar dengan kelibat seorang wanita seksi dan mengiurkan yang cuba mengganggu jemaah yang mahu masuk ke masjid berkenaan. Tidak diketahui dari mana wanita terbabit, namun apa yang berlaku ini sungguh memalukan. Sebelum ini masjid negeri digemparkan dengan kelibat "babi hutan" yang masuk ke kawasan terbabit, terbaru menjelang Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang baru-baru ini. Namun, kejadian yang berlaku malam tadi sungguh memalukan dan tidak wajar sebenarnya. Seorang mangsa yang menghubungi kami semalam berkata, beliau terkejut dan tergaman apabila seorang wanita seksi dengan pakaian yang mengiurkan menegur beliau di kawasan masjid berkenaan. "Saya datang dari luar Kuantan kerana mempunyai tugasan di sini. Saya sudah solat jamak Isyak semasa dalam perjalanan dan kemudian menginap di hotel Shahzan Inn yang berdekatan dengan masjid berkenaan. Sekitar lebih kurang jam 9.o0 malam saya telah bergegas ke masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawikh. Saya tergamam dan terkejut apabila didatangi wanita (berbangsa Cina) itu dan kemudian dia menegur saya .... Asslammualaikum Ustaz, Do you want have some fun !!... katanya. Saya mengucap panjang sebelum bergegas masuk ke dalam masjid", kata saksi terbabit. Apa yang berlaku ini kemungkinan tidak disedari oleh Ahli Jawatankuasa Masjid sebenarnya. Namun, pihak pengawal yang ditugaskan menjaga keselamatan di masjid berkenaan seharusnya memantau pergerakan orang ramai yang lalu lalang di situ. Tambahan pula kejadian berlaku di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.


Keselamatan di Masjid Negeri pada sebelah malam kini diragui sebenarnya

[Persoalannya yang timbul, siapakah wanita terbabit dan kenapa dia bebas menganggu jemaah masjid?. Malah, perkataan yang diluahkan itu saling tak tumpah sama seperti perkataan yang diucapkan oleh "pelacur" sebenarnya. Jika benar dia pelacur, kenapa di boleh terlepas?. Apakah ia ada kaitan dengan pendedahan awal PDO bahawa penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada bulan Ramadhan ini agak longgar dari hari biasa sebelum ini. Amat malang sekali bila adengan ini berlaku kepada orang luar yang berkunjung ke masjid terbabit. Ada maklumat mengatakan wanita itu "tidak betul" atau "gila". Tapi yang menghairankan, kenapa wanita berbangsa Cina itu boleh memberi salam sedemikian rupa?. Inilah yang memusykilkan sekarang, Justertu, pihak berkuasa dan masjid sendiri diminta memantau perkara ini dan mengambil tindakan segera demi imej agama Islam. Kita tidak mahu orang ramai menuduh pelacur pun boleh berkeliaran dan cari makan di dalam kawasan masjid di negeri Pahang ini].

pahangdaily


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive