Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 18, 2012

Leka mandi berbogel


Antara 20 tukang urut yang ditahan dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.

PUCHONG – Keasyikan pengunjung dan tukang urut mandi berdua-duaan dalam keadaan berbogel sebelum ke babak melakukan seks di sebuah premis rumah urut di Bandar Puteri di sini terbantut selepas dicekup pihak berkuasa, dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menyerbu premis terbabit, tukang urut didapati leka memandikan pelanggan masing-masing di atas katil dalam bilik air.

Tiga pasangan lain pula melakukan urutan badan ke badan (B2B) tanpa seurat benang.

Difahamkan, premis terletak di tingkat tiga bangunan tidak mempunyai papan tanda dan beroperasi antara jam 10 hingga 3 pagi itu menawarkan khidmat urutan B2B, mandi buih dan hubungan seks.

Beberapa kondom terpakai, minyak pelincir dan ratusan pil dipercayai bagi menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks turut ditemui ketika serbuan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, serbuan diketuai Pegawai D7, Inspektor Roslin Mohd Isa dan Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin menyerbu dua premis di One Puchong dan Bandar Puteri.

Menurutnya, 20 tukang urut masing-masing enam warga Vietnam, 10 warga Thailand dan empat warga China menggunakan pas lawatan sosial serta 12 pelanggan warga tempatan berusia antara 20 hingga 30-an dicekup.

Katanya, pengusaha rumah urut itu menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan dengan memberikan khidmat percuma selepas 10 kali berkunjung ke premis itu.

“Setiap tukang urut dipercayai mampu melayan hampir 10 pelanggan berdasarkan kad kerja diperiksa,” katanya.-SH

GILA!!!
MAKSIAT MAKIN BERLELUASA
UNDANG-UNDANG MANUSIA TERBUKTI GAGAL
UNTUK MEMBENDUNG KEGIATAN TIDAK BERMORAL
HARI NI DISERBU ESOK ADA LAGI


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. POLIS tengah sibuk nak pilihanraya....
    sibuk jaga demo bersih...
    sibuk escort org2 politik....

    BalasPadam
  2. serbu lagi denda DAN LEPAS... dapat duit boleh belanja utk pilihanraya... kalau tutup terus mana nak cari duit ha...... kahhhhh

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive