Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 11, 2012

Peminat bola sepak yang mustahil

UEFA Euro 2012 dah pun habis. Spain sekali lagi menang dan ini merupakan kemenangan ketiga berturut2 dalam kejohanan bola sepak yang besar iaitu Euro 2008, World Cup 2010 dan Euro 2012. Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal bola atau Euro pun, aku nak cerita sesuatu yang boleh berlaku tapi mustahil untuk berlaku walau dalam 1000 tahun lagi pun.







Bila tiba je Euro ke, Copa America ke, World Cup ke, maka berduyun2 lah orang Malaysia beli jersi pasukan negara kegemaran mereka baik yang original mahupun yang ciplak yang dibawa dari siam, dan dengan bangganya kita pakai jersi tu dan kalau team kita menang mulalah merasakan diri sebagai warganegara negara tersebut, Spain ka, Italy ka, Germany ka, Netherlands ka, Brazil ka, Argentina ka, dan lain2.







Tapi pernah tak terfikir yang baju jersi negara Malaysia tak pernah pun dipakai oleh warga negara lain hatta negara jiran sekali pun seperti Indonesia, Thailand, Singapura, etc. Andai katalah mutu bola sepak negara kita semakin meningkat dan ranking pun dah bertambah baik sampai akhirnya dapat masuk World Cup... eh tak boleh nak bermimpi sangat, oklah at least dapat masuk pusingan kalah mati AFC Asian Cup, rasa2nya ada tak warga negara Sepanyol ke, England ke, Portugal ke, Nepal ke, Bangladesh ke, Filipina ke, Myanmar ke, Vietnam ke, Russia ke, mana2 negara la akan pakai jersi negara kita dan memberi sokongan kepada kita di negara diorang? Rasa2nya tidak bukan? Kalau ada pun terpaksa sebab ada kawan orang Malaysia.






Mungkinkah akan ada satu hari nanti peminat bola sepak luar negara menyokong pasukan Malaysia?



Memang mustahil sampai bila2 ada peminat bola sepak dari negara lain yang begitu meminati pasukan bola sepak negara kita seperti kita begitu meminati pasukan bola sepak negara lain. So tak payahla kita nak beria2 sangat pakai jersi dan sokong negara lain sangat... diorang takkan sokong pun walau negara kita juara World Cup sekalipun.





tags: eufa euro 2012 spain italy final winner 4-0 germany portugal world cup 2010 2014 concacaf copa america afc asian cup penyokong peminat bola sepak malaysia jersi jersey ultras malaya orang putih mat saleh luar negara jiran pakai baju hot sexy football soccer fan


buasirotak


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive