Isnin, Julai 09, 2012
Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis
KUALA LUMPUR: Isteri mangsa ISA, Nunurheni Onim (gambar kiri) membuat laporan polis ekoran tindakan polis Bukit Aman yang mengugut beliau.
Nunurheni Onim, Isteri kepada Radzali Kassan, ditemani oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi membuat laporan polis itu.
Polis Bukit Aman mengugut beliau sebelum ini dengan meminta agar Puan Nunurheni menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 2 Julai lalu.
Pada 2 Julai lalu, Puan Nunurheni hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung kejadian suaminya dipukul semasa menyertai mogok lapar dalam Kem Tahanan Kamunting
Demikian menurut kenyataan bersama Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI dan Syukri Razab Penyelaras Suaram.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan ISA.
Namun, hakikatnya tidaklah sebagaimana diumumkan Najib kerana ramai lagi mangsa ISA yang merengkok dalam Kem Tahanan Kemunting.
Sekumpulan dari mereka baru-baru ini melancarkan mogok lapar bagi memberitahu dunia tentang nasib mereka yang terus terpenjara di bawah ISA walaupun undang-undang zalim itu kononnya telah dimansuhkan.
Mereka mahu memberitahu bahawa Najib hanya berbohong dan ia sekadar pemanis mulut beliau dalam menagih undi rakyat menjelang pilihan raya ini.
Henti mogok lapar
Sementara itu, GMI memaklumkan bahawa semua tahanan telah berhenti daripada mogok lapar pada 4 Julai lalu.
Maklumat ini diperolehi hasil lawatan Peguam GMI daripada Lawyers For Liberty ke Kemta pada Jumaat 6 Julai yang lepas.
Menurut peguam GMI, Farhana Najwa, semua tahanan yang bermogok lapar sengaja disusahkan oleh pihak Kemta dengan cara mengasingkan mereka daripada tahanan lain dan ditempatkan dalam satu bilik sempit yang panas tanpa kipas.
Keadaan ini dipercayai telah menekan tahanan untuk terpaksa berhenti daripada mogok lapar.
Setelah mogok lapar berlangsung selama 15 hari, Menteri Dalam Negeri masih tidak menunjukkan sebarang kesungguhan untuk menjawab tuntutan tahanan.
GMI meyakini seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi kekecewaan dengan semua tahanan yang bermogok lapar apabila Menteri terus bersikap lepas tangan bahkan mengeluarkan kenyataan sombong melalui laman Twitternya.
Sehubungan itu, GMI beranggapan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pastinya telah lupa mengenai seruan Allah dalam Al Quran yang mengarahkan agar setiap umat Islam wajib menjalankan amanah dengan adil dan penuh ehsan.
GMI juga tegaskan bahawa perjuangan GMI akan tetap berada pada landasan yang sama iaitu GMI akan terus memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA.
Mogok lapar yang dilancarkan oleh tahanan dari dalam Kem Tahanan Kamunting selama 15 hari menjadi penguat kepada perjuangan ini, kata kenyataan bersama itu.
Biarpun mogok tersebut telah berhenti, GMI akan terus konsisten menggerakkan kempen Bebaskan ISA45 sehingga kesemua tahanan dibebaskan, kata mereka.
HD
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2012
(1452)
-
▼
Julai
(138)
- MAJLIS BERBUKA PUASA TERLAMPAU
- Apa yang serupa di antara UMNO dan PAP?
- LIVE: MALAYSIA VS MANCHESTER CITY
- Status terakhir BB isteri ditemui mati
- JANJI DITEPATI JADI TEMA MERDEKA TANDA BN DAH NAK ...
- TERKEJUT BEWAK!!! LIRIK LAGU JANJI DITEPATI TELAH ...
- LOGO MERDEKA PALING SERABAI
- MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan
- Bila Perempuan Tak Hargai Daranya
- Lagu Tema Janji Ditepati Ciplak Ke Bhai?
- LAWAK AHAD: PAK PANDIR UJI ANAK
- PEMENANG LOGO MERDEKA TERIMA HADIAH LAMBOGHINI
- Puasa, Ayam Goreng Dan Kegilaan Berbelanja
- Cukai kenderaan boleh dihapus jika keborosan Najib...
- TV HARAM
- Bukti Saintifik Kebenaran Al Quran – Big Bang & Bi...
- SAPA TIRU SAPA?
- Awang Adek dimalukan dengan isu KGT
- EXCO ARAH PANTAU KOPITIAM MASAK KATAK
- Gempar: Orang Ramai Terkejut, Pelacur Tiba-Tiba Bo...
- Umat Islam tanpa segan silu beli juadah tengah hari
- BN mungkin hilang separuh daripada kerusi Sabah
- Kisah Benar | Pengantin Mati Ketika Sujud Dalam Solat
- Kecoh ikan gergasi masuk kampung
- WAJAH PEROMPAK RM3JUTA
- Tamrin mahu MT Umno tunjuk sebab
- Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan
- LIVE: MALAYSIA VS ARSENAL
- Jatuh longkang di Taman Putra Ampang ,mayat dijump...
- Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah
- BANYAK BUKTI BN BERKAWAN KOMUNIS
- Pengerusi BN Tuaran Letak Jawatan
- GEMPAR! LAJIM UKIN JUMPA NIK AZIZ
- UMNO HINA ARTIS?
- Hebat Abe Soh!!! 19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu
- PENGENDALI BLOG TUNTUT TUNGGAKAN GAJI
- Bob Lokman Mungkin Bertanding Pada PRU 13
- Ura-ura pilihanraya September semakin kuat
- LAWAK AHAD: PANCING BAIK PUNYA
- Nahas helikopter: Dua mayat ditemui, seorang penum...
- WAKTU BERBUKA PUASA 2012
- Selangor usaha pecat CEO, pengerusi SYABAS
- LIVE: KELANTAN VS QPR
- Kait pembangkang dengan pengganas, JI diselar
- INFO PENTING IBADAH PUASA
- “Raja Komando” Mahu Saman Umi Hafilda
- Kerajaan Selangor Serah Notis Ambil Alih Syabas
- MUFSIDUN DAN K-POP APA ADA HAL
- PRU 13 setelah Anwar dipenjara
- Berita Panas: Fitnah Melampau Puak Pakatan Terhada...
- Konstabel maut terjun dari menara komunikasi
- Bongkar!! Jom Kenali Siapa Pewaris Sebenar Pusat J...
- Nurul Izzah: Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Papagomo?
- Leka mandi berbogel
- Kantoi! Tujuan Papa Gomo cipta fitnah liwat 3 terb...
- Mirzan digesa tinggalkan bisnes ‘arak’ sempena Ram...
- Sikap biadab bongkar rahsia diperkosa abang
- Najib hanya mampu cakap besar bukan menang besar
- MEDIA TROOPERS KA MEDIA TEROMPAH? KAH! KAH! KAH!
- Fuyooo...Makcik Tunggang Motorsikal Sejauh 260 km ...
- Seorang Lagi Selebriti Bersama PAS - Yatt Hamzah
- Kelibat UFO gemparkan China
- Rakaman Audio ucapan Timb. Ketua Pengarang Utusan ...
- LAWAK AHAD: MALAM PERTAMA YANG KANTOI
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 14/7/2012
- LIVE: KELANTAN VS SARAWAK
- GAMBAR HIMPUNAN OREN 14 JULAI 12
- BETOI KA ADA DALANG AMUK SAMURAI DI PUTRAJAYA?
- Dah nak tergolek baru panggil kami
- Polis benar Himpunan Oren berarak
- BERHATI-HATI BILA MANDI DI HOTEL
- Sepuluh Ceritera Menjelang Ramadhan
- AYAQ NAIK KEPALA PASAI NAK JADI MB SELANGOR
- Tayangan Dunia Akhir Zaman
- Konon mansuh Akta Hasutan bukti Najib demokrat pal...
- Isteri Projek Dengan Mat Bangla Di Ruang Tamu Keti...
- GEDEBE FAM GEDEBE
- LAWAK PAGI BUTA
- GADIS 13 TAHUN HAMIL SELEPAS BERENANG DI KOLAM
- Pelik, Tiada Ahli Keluarga & Sahabat Hadir Di Upac...
- Peminat bola sepak yang mustahil
- Remaja Keluar Ikut Tingkap Untuk Dirogol "Awie"
- 31 ditangkap di depan pejabat MB Pahang
- (Video) Ramai lagi artis akan sertai PAS - Dato' T...
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 10/7/2012
- Celcom Ingat Boleh Buat Ikut Suka Hati Mak Bapak D...
- Dua Anggota Polis Didakwa Samun Empat Warga Bangla...
- VIDEO AMUK PEDANG SAMURAI DI JPM PUTRAJAYA
- CERITA SEBENAR KEJADIAN AMUK DI JPM PUTRAJAYA
- LELAKI PEDANG SAMURAI SERANG JABATAN PERDANA MENTE...
- TERKINI: 2 Suspek Bawa Pedang Samurai Ceroboh Komp...
- 7 Cara Kempiskan Perut Buncit
- Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis
- PESERTA DEBAT BERGADUH,ACU PISTOL
- Penahanan Uncleseekers: Komuniti online timbulkan ...
- Sekarang Kita Dikuasai Mafia
- Isteri Berzina Dengan Majikan Sendiri
- Presiden Mesir disamakan dengan FIRAUN???
- LAWAK AHAD: KISAH MALAM PERTAMA,JANGAN CABUT SAMPA...
- APA LOJIKNYA ANWAR MAHU BERSARA DARI POLITIK?
-
▼
Julai
(138)