Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Julai 09, 2012

TERKINI: 2 Suspek Bawa Pedang Samurai Ceroboh Kompleks JPM, Polis Lepas Tembakan!


PUTRAJAYA - Siuman atau tidak?

Begitulah persoalan yang timbul apabila seorang wanita dan lelaki tiba-tiba cuba menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini sambil membawa pedang samurai!

Kekecohan bermula apabila mereka berdua kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang tadi.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam .

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.



Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri.

Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

Sehingga laporan ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

mynewshub


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. paling benci apabila kenyataan bodoh 'mahu guling kerajaan' dikeluarkan oleh mangkok2 bangang.Bodohnya orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

    BalasPadam
  2. HATI MUDA...AWAK NI ANTI KERAJAAN KE????

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive