Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Julai 25, 2010

Guna seluar dalam sebagai topeng untuk rompak McD

2010/07/24


MIDWEST CITY (Oklahoma): Seorang penganggur wanita yang mendakwa terdesak mahukan wang ditahan selepas merompak restoran McDonald’s menggunakan seluar dalam wanita sebagai topeng.

Polis berkata, Sharon Lain, 51, mengaku merompak restoran berkenaan kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Kamera litar tertutup berjaya merakam kejadian itu dan ia kemudian disiarkan stesen televisyen tempatan, membolehkan orang awam menyalurkan maklumat kepada polis.


Apabila diserbu, polis menemui seluar dalam berkenaan bersama sejumlah dadah, termasuk methamphetamine.


Kata polis, Sharon pernah bekerja sebagai pengurus untuk syif malam di restoran berkenaan sebelum dipecat sebulan lalu. Ketika disoal siasat, Sharon berkata, dia memerlukan wang kerana menghadapi masalah ketagihan judi.


Dia kini didakwa kerana merompak dan memiliki dadah. - Reuters

2 ulasan:

  1. salam ukhwah
    Tuan mohon listkan blog saya dalam blog tuan.
    Dan mohon list blog tuan dalam blog saya.
    url saya ialah
    http://www.pascheras.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Ok sudah link tuan,terima kasih link back...
    Takbirrrrr!!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive