Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Disember 10, 2009

Kelantan Sahut Cabaran Bawa Isu Royalti Ke Mahkamah

KOTA BAHARU, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan sedia menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, supaya mengemukakan isu tuntutan royalti minyak dan gas ke mahkamah.

Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.

"Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak," kata Mursyidul Am PAS itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohamed Nazri supaya Kelantan mengemukakan tuntutan itu di mahkamah berbanding usaha retorik Nik Aziz berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Pusat.

Pada 4 Nov lalu, Najib mengumumkan untuk memberi wang ehsan tahun depan kepada kerajaan negeri itu sebagai menggantikan royalti minyak dan gas.

Bagaimanapun, Nik Aziz tidak bersetuju dengan kaedah itu sebaliknya akan terus berdoa supaya Tuhan membuka pintu hatinya dan pemimpin kerajaan Pusat yang lain supaya menjelaskan tuntutan itu dalam bentuk royalti dan jika kaedah itu tidak berjaya beliau meminta Tuhan menimpa bala kepada mereka.

Mengenai isu menantunya, Nik Aziz berkata terserah kepada Abdul Ariffahmi Abdul Rahman untuk menentukan masa bagi melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah PAS Pusat dua kali memberikan peringatan terhadap perletakan jawatan itu.

"Sebagai pegawai kerajaan, dia (Abd Ariffahmi) tahu apa yang patut dibuat, sebab bila seseorang pegawai kerajaan akan berhenti tentu ada penggantinya dan ia tidak semudah yang kita jangka," katanya.

Nik Aziz mengulas mengenai saranan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta beliau mempercepatkan proses peletakan jawatan menantunya sebagaimana yang diputuskan oleh pimpinan PAS pusat sebelum ini.

-- BERNAMA

Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive