Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Disember 10, 2009

Saya Tidak Akan Mohon Maaf Kepada Mahathir - Nazri



KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak akan menarik balik kenyataannya yang menyifatkan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai modul Kursus Biro Tatanegara (BTN) bersifat perkauman.

Katanya walaupun pelbagai pihak mengkritik kenyataannya itu termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tetap tidak akan memohon maaf kepada Dr Mahathir kerana berpendapat modul baru BTN haruslah selari dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sekarang ini di bawah Datuk (Seri) Najib kita ada 1Malaysia, maka sudah tentulah kita (BTN) punya kurikulum yang menampakkan 1Malaysia, sama ada dibuat sekarang...dulu tak kiralah, tapi dipinda, itu yang penting. Jadi kita nak sesuaikan dengan apa yang Najib nak, beliau Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Rabu

Beliau berkata terdapat anggota parti pembangkang yang dahulunya terlibat secara langsung dengan BTN sebagai pengarah dan fasilitator, oleh sebab itu kerajaan tidak boleh menafikan bahawa kumpulan ini tahu kandungan sebenar modul kursus itu.

"Apa kebaikan yang anda dapat daripada modul yang memberitahu audiens bahawa hanya orang Melayu berjuang bagi kemerdekaan? Apa kebaikan yang anda dapat daripadanya? Adakah anda mengatakan bahawa orang Cina dan India tidak berjuang (bagi kemerdekaan)? Adakah anda mengatakan yang mereka bersama-sama dengan penjajah? Itu tidak adil," katanya.

Mohamed Nazri menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk tidak menghormati bekas perdana menteri itu dan ucapan beliau itu hanya merupakan hujahan balas terhadap kritikan Dr Mahathir terhadapnya.

"Jangan anggap yang saya bersikap tidak hormat. Beliau bebas memberikan komen terhadap kita, dengan itu beliau perlu menerima hakikat yang beliau juga terbuka kepada kritikan," katanya.

Mohamed Nazri juga berkata yang beliau tidak akan meletak jawatan berhubung perkara itu dan tidak akan menarik balik komennya terhadap Dr Mahathir.

Ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin semalam, Mohamed Nazri berkata orang ramai berhak tahu pandangan daripada kedua-dua belah pihak dan pemimpin tidak boleh menyembunyikan fakta daripada orang ramai.

"Malahan pembangkang juga saling mempertikaikan antara satu sama lain secara terbuka. Ini zaman teknologi maklumat, bagaimana anda nak sembunyi? Apa salahnya saling mempertikaikan antara satu sama lain secara terbuka?," katanya.

Semalam Muhyiddin berkata adalah lebih berfaedah sekiranya semua pihak mengambil pendekatan kurang bercakap dan tidak dilihat berdebat atau berpolemik secara terbuka mengenai agensi-agensi kerajaan seperti BTN.

Bagaimanapun Mohamed Nazri berkata beliau menghormati pandangan Muhyiddin dan berpendapat Timbalan Perdana Menteri itu mengambil peranan untuk cuba menyelesaikan masalah.

"Tak apalah dia nak komen, biarlah. Dia tak mahu tengok benda ini berlarutan. Jadi tak apalah, itu pandangan dia," katanya.

-- BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive