Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Februari 10, 2010

Bukan 40, 2 orang sahaja yang sertai Umno


Gambar:
Nizam (kanan sekali) bersama Kamarul Hatta, Ustaz Ramlang dan ahli AMK, selepas satu majlis di Paya Kechik baru-baru ini


TEMERLOH: Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid menafikan 40 ahli parti itu menyertai Umno, sebaliknya hanya melibatkan dua, tiga orang ahli tidak aktif dari Lanchang.


Menurut Nizam, selebihnya apa yang berlaku ialah ‘drama’ yang sengaja dipermainkan iaitu ‘orang Umno masuk Umno’.

“Saya merujuk kepada berita disiarkan dalam akhbar Sinar Harian semalam (8 Februari) yang memaparkan 40 orang ahli PKR keluar parti. Semakan kami daripada maklumat yang diperolehi, hanya 2 – 3 orang sahaja daripada jumlah tersebut merupakan ahli PKR manakala selebihnya adalah ahli Umno yang masuk parti itu semula. Yang selebihnya tidak pernah menjadi ahli parti”.

“Sedangkan 2 – 3 orang tersebut keluar Umno sewaktu pilihan raya umum (PRU) 12 yang lalu dan bukanlah merupakan ahli. Nampaknya Umno masih menggunakan taktik lama iaitu mengerahkan ahlinya mengisi borang Umno seolah-oleh mereka keluar PKR. Inilah taktik lapuk dan usang untuk menunjukkan kononnya ramai yang keluar,” tegasnya.

Akhbar Sinar Harian Isnin menyiarkan berita seorang bekas ahli PKR Lanchang, Abdul Hamid Jantan (ahli Umno yang menyertai PKR pada PRU lalu) telah mengetuai kira-kira 40 penduduk Lanchang menyertai Umno kerana yakin dengan keikhlasan parti itu dalam membela nasib orang Melayu.

Borang diserahkan secara beramai-ramai kepada Naib Ketua Umno Bahagian Temerloh, Anwar Yunus (saksi rasuah Norza Zakaria).

Nizam berkata, pada masa yang sama PKR Temerloh telah menerima lebih daripada 200 ahli baru dari Dun Lanchang sahaja dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. Borang keahlian telah diserahkan dalam satu majlis pada 17 Januari yang lalu.

“Kami menjangkakan akan menerima lebih ramai ahli baru dengan lebih pesat lagi berikutan kes fitnah liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim”.

“Orang ramai termasuk ahli Umno melahirkan kejelekan hati mereka dan langsung tidak percaya akan tuduhan fitnah jahat terhadap Anwar”.

Tambah Nizam, PKR Temerloh menegaskan bahawa kemasukan 2- 3 orang ahli ke dalam Umno tidak menjejaskan langsung kekuatan parti malah akan terus bergerak bagi mempastikan kerusi Dun Lanchang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

sidangonline


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Jika UMNO kata 40 orangpun tak betul juga sebenarnya 40,000 orang ha ambik kau, cilaka punya hati busuk

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama16/2/10 9:03 PG

    Itu dah jadi trade mark UM NOoo kalau yg hadir tu 1000 dia kata 10000.Kalau yg hadir kat PR 10000 dia kata 1009 orang yg hadir.Ini pun sama lah. Kalau masuk UMNO 40 orang yg sebenarnya 4 orang. Dah jadi trade mark.Kambing pun tahu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive