Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 12, 2010

Daging babi bertaburan di lebuh raya


GEORGETOWN – Pengguna Lebuhraya Ekspressway Jelutong terkejut kerana sisa dan ketulan daging babi bertaburan atas jalan raya berkenaan, semalam.

Bukan sahaja daging, malah bahagian kepala, kaki dan badan yang tidak dipotong turut jatuh dari lori sampah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Pemandu Lori, Rashid Ibrhaim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika beliau memandu lori berkenaan menghala ke pusat pengumpulan sampah Batu Maung.

Menurutnya, sisa-sisa daging babi tercampak atas jalan kerana pintu lori berkenaan tidak mampu menampung muatan sampah.

“Saya memulakan rutin mengutip sampah daging babi ini dari pusat sembelihan babi di Jalan Sungai ke Batu Maung.
“Adakala muatan sisa daging babi ini boleh mencecah sehingga setan sehari, tambahan lagi musim perayaan sudah hampir tiba jadi muatan juga lebih banyak," katanya.

Rashid berkata, disebabkan tong dan pintu lori berkarat, muatan tidak boleh penuh.

Beliau tidak menyangka sisa itu akan jatuh malah boleh dikatakan bernasib baik kerana memandu perlahan.
“Ada kereta yang terkena daging ini kerana tidak sempat mengelak," katanya.

Penyelia lori yang enggan dikenali berkata, beliau telah mengadu mengenai pintu dan tong lori berkarat kepada MPPP.

“Kami berharap supaya kejadian ini menjadi iktibar dan tong serta pintu lori dibaiki segera demi keselamatan awam,” katanya.
Ketika Sinar Harian menghubungi talian aduan MPPP, pegawai aduannya memaklumkan menerima aduan berkenaan kira-kira jam 10 pagi daripada Pejabat Gerakan Daerah Timur Laut.

Beliau kemudian segera menghubungi Bahagian Perkhidmatan Perbandaran MPPP untuk membersihkan sisa dan ketulan daging babi dan kerja pembersihan selesai kira-kira jam 11.30 pagi.

Sementara itu, Ahli Majlis MPPP, Mohamed Yusoff Mohamed Noor ketika dihubungi berkata, beliau akan membawa aduan mengenai pintu belakang lori yang berkarat sehingga menyebabkan sisa daging babi tercampak ke jalan raya kepada Jabatan Kejuruteraan MPPP untuk siasatan.

“Saya juga akan kemukakan masalah ini dalam mesyuarat Ahli Majlis MPPP, esok (hari ini),” katanya.

sinarharian



BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive