Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 05, 2010

Derita janda cerai SMS


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan diceraikan talak tiga melalui SMS, seorang wanita juga terpaksa menanggung empat anak yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian selepas diabaikan bekas suami sejak lapan tahun lalu.


Hayati Mohd Shariff, 39, mendakwa, dia kini terpaksa menumpang di rumah ibu bapanya di Setapak Jaya di sini dan selama lapan tahun dia berhempas pulas bekerja tanpa mengira waktu untuk membesarkan anaknya yang berusia sembilan hingga 17 tahun.


Katanya, dia juga terpaksa mengharap belas ihsan adik-beradiknya untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga berikutan pendapatannya yang tidak menentu setiap bulan.


“Saya hanya bekerja apabila ada majikan yang menawarkan pekerjaan dan dibayar mengikut jumlah hari bekerja. Jika tiada tawaran saya terpaksa mengikat perut asalkan anak-anak dapat makan.


“Saya berharap bekas suami dapat menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada keempat-empat anak kami,” katanya ketika ditemui di rumah ibu bapanya di sini, baru-baru ini.

hmetro


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive