Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Februari 10, 2010

Diskaun 30 sen atau perkosa!

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

2010/02/10

KUALA LUMPUR: Hanya kerana enggan mengurangkan harga rokok, seorang wanita berusia lewat 30-an yang juga peniaga kecil-kecilan di Desa Tasik Sungai Besi di sini, nyaris dirogol dua lelaki warga Bangladesh, kelmarin.
Difahamkan, kedua-dua lelaki berusia lewat 30-an itu mengugut menculik mangsa sebelum dibawa ke rumah mereka di kawasan berhampiran untuk dirogol.

Lebih menghairankan tindakan lelaki terbabit hanya disebabkan keengganan mangsa mengurangkan harga sekotak rokok sebanyak 30 sen.


Difahamkan, harga asal rokok Lussman yang diminta kedua-dua lelaki itu ialah RM2.80 sekotak.


Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berseorangan sebelum dihampiri dua lelaki warga Bangladesh terbabit sebelum mereka memesan dua kotak rokok.


Mangsa yang enggan dikenali berkata, kedua-dua lelaki terbabit mula bertanyakan harga rokok itu.


“Sebaik saya memberitahu, mereka meminta diskaun 30 sen. Saya menerangkan kepada mereka harga tidak boleh dikurangkan.


“Lagipun, jual rokok bukan sama macam buka restoran...untungnya kecil saja,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurutnya, kedua-dua mereka kemudian mengugut akan membawanya ke rumah mereka berhampiran kawasan berkenaan dan akan melakukan perkara yang tidak diingini.


“Saya yang tidak faham cuba mendapatkan penjelasan mereka. Seorang daripada mereka mendakwa akan merogol saya sekiranya enggan mengurangkan harga rokok itu,” katanya.


Tersentak dengan itu, mangsa memarahi kedua-dua mereka, namun tidak diendahkan.


Mangsa yang kebuntuan selain bimbang keselamatannya memaklumkan akan membuat laporan polis sekiranya mereka terus mengganggunya.


Difahamkan, ugutan mangsa itu juga tidak memberikan kesan sebaliknya mereka cuba menghampirinya.


Mangsa menjerit menyebabkan kedua-dua mereka melarikan diri tanpa membeli rokok itu sebaik beberapa orang awam di kawasan berkenaan datang untuk menghulurkan bantuan.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Difahamkan, sehingga kini mangsa masih trauma untuk memulakan perniagaan kerana bimbang kejadian sama berulang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

hmetro


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. kah kah kah...bukan nak gelak pasai dia ni nak kena rogol...tapi dia p bagitau yang dia juai rokok Luffman..(ejaan nama yg betoi, Lussman tu salah..) Rokok tu untuk makluman, takdak juai di mana2 kedai melainkan di Langkawi sebab Duty Free punya cop dok ada, jadi kebanyakkan depa juai dipasar malam dan pasaran gelap saja.. kak ni pi juai rokok yg salah dan tak bleh juai laa kat kedai dia...

    hehehehe...aku pun meniaga kedai, aku tau laaa...kalau kastam raja di mesia pi audit kedai dia, kompom kena terok...walawehhhh...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive