Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 08, 2010

Gerai Melayu Pulau Pinang diroboh atas arahan Umno?



Gerai-gerai orang Melayu di Pulau Pinang yang didakwa dirobohkan sehingga membawa kepada demontrasi dan menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Pulau Pinang baru-baru ini, disyaki dirobohkan atas arahan Umno.


Ada kemungkinan mereka berbuat demikian bagi tujuan menggambarkan kerajaan Pakatan Pulau Pinang pinmpinan DAP kononnya bersikap anti Melayu.

Harakah bilangan terbaru memetik kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Osman, berkata arahan merobohkan gerai tersebut sebenarnya diputuskan oleh Kerajaan Pulau Pinanh era BN dahulu, tetapi ditangguhkan berikutan pertukaran kerajaan pada PRU 12.

Sementara kerja-kerja merobohkan gerai-gerai tersebut oleh MPPP tidak pernah dirujuk kepada Ahli-Ahli Majlis Pakatan Rakyat.

Menurut Dr Mansor, tindakan segelintir penunjuk perasaan pro-Umno yang turut dihadiri Datuk Ibrahim Ali itu, hanya bertujuan menimbulkan kebencian kepada Lim Guan Eng.

Jumaat lalu sebanyak 50 badan bukan kerajaan Melayu yang dikenali sebagai 'Gabungan Sedaq' telah mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri.

Tindak-tanduk mereka disiarkan secara langsung dan mendapat liputan meluas daripada media pro Umno.

Sementara itu, kerajaan negeri Pulau Pinang Sabtu lalu telahpun membuat laporan polis terhadap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang didakwa membuat kenyataan palsu mengenai kerajaan negeri.

sidangonline


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive