Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 04, 2010

JUAL KEAHLIAN JIKA KENA HARGANYA

Ketua Penerangan UMNO dilihat suka buat kerja yang senang-senang sahaja. Yang terbaru bagipihak UMNO dan Barisan Nasional beliau membuka seluas-luasnya pintu parti kepada pemimpin dan anggota dari Pakatan Rakyat. Adakah pengumuman seperti ini merupakan salah satu aspek dalam program Umno Juara Rakyat yang sedang digembar gemburkan itu?

Pendekatan seperti ini memperlihatkan tidak ada kesungguhan yang jelas. Saya masih ingat saranan Ahmad Maslan melalui Wartawan Sarihan Mohd Ali (Berita Harian) dalam bulan September 2009 yang meminta Melayu dalam DAP yang beliau anggap sebagai sesat kembali kepangkal jalan iaitu kembali kepada Umno. Ternyata saranan tersebut lebih Ummp! dan “kow” dari yang terbaru ini.

Saya katakan pelawaan terbaru ini sebagai tidak bersungguh kerana jika ianya dituju kepada ahli-ahli Parti PAS sudah tentulah sukar mendapat layanan. Ura-ura Unity Government pun mereka tolak mentah-mentah. Jika ditujukan kepada Parti DAP pula nampak sangatlah macam cukup terdesak kepada sokongan. Jadi yang ada terlihat sedikit bermasaalah hanyalah PKR. Sungguhpun demikian majoriti ahlinya adalah para Reformis. Sebagai Reformis perjuangan mereka adalah solid mahu menukar kerajaan secara demokratik iaitu melalui Pilihanraya Umum dan Agendanya pula adalah memberi Harapan Baru.

Jadi kesimpulannya ahli-ahli dalam Pakatan Rakyat tidak akan mudah terperdaya dengan kata-kata manis. Keikhlasan mereka terhadap Parti bukan seperti membership dalam kelab-kelab Exclusive yang boleh dijual jika kena dengan harganya.

Saya tidak juga mahu memperkecil-kecilkan usaha pihak tersebut. Sememangnya didalam Pakatan Rakyatpun ada bad apples. Bagi mereka-mereka yang dulunya datang dari sana, tidak mustahil untuk melakukan about-turn memandangkan tidak ada pun sesuatu habuan yang jelas yang boleh diperolehi didalam Pakatan Rakyat dalam masa terdekat. Untuk kesejahteraan Pakatan Rakyat lagi cepat mereka berhijrah lagilah bagus. Apabila yang tinggal hanya mereka-mereka yang komited maka lebih pantaslah kenderaan Pakatan sampai diPutrajaya.

http://ahmadzawawi.wordpress.com/


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive