Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 08, 2010

Kerajaan negeri buat laporan polis terhadap DPMM P. Pinang

PULAU PINANG, Feb 6 — Kerajaan negeri membuat laporan polis terhadap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) kerana tuduhan membuat kenyataan palsu mengenai kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo yang mewakili kerajaan negeri berkata DPMMPP menuduh kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi dengan menganiaya peniaga-peniaga Melayu.

“Kenyataan oleh DPMMPP adalah fitnah dan berniat mencetuskan sentimen perkauman kerana Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Pengurusan Lalulintas Chow Kon Yeow telah menjelaskan perkara ini berdasarkan statistik daripada pihak berkuasa tempatan,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Beliau turut meminta polis untuk menyiasat sama ada kenyataan yang dikemukakan DPMMPP sebelum ini merupakan kenyataan palsu atau fitnah jenayah terhadap kerajaan negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Semalam sebanyak 30 badan bukan kerajaan Melayu yang dikenali sebagai “Gabungan Sedaq” telah mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri bagi menyampaikan rasa kurang senang terhadap layanan yang diberikan kepada peniaga-peniaga Melayu.

Perhimpunan yang bermula pada pukul 12 tengah hari di tempat letak kereta bersebelahan Masjid Simpang Enam itu disertai lebih 3,000 penyokong, gabungan itu bagaimanapun gagal menyerahkan memorandum berkenaan kerana Lim enggan berjumpa mereka.

Perhimpunan yang diketuai Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali itu turut disertai DPMMPP.

Setiausaha Agung DPMM Datuk Ab Rahim Abu Bakar berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Lim Selasa ini untuk membincang dan menyelesaikan kemelut peniaga Melayu negeri itu yang mendakwa dianiaya berikutan premis perniagaan mereka dirobohkan.

Katanya, pihaknya menerima reaksi positif semalam daripada Lim yang bersetuju mengadakan pertemuan dengan ahli tertinggi DPMM di pejabatnya demi memastikan nasib peniaga Melayu di negeri itu dibela.

“Kita ucapkan terima kasih kepada Lim yang bersetuju mengadakan perbincangan, sekali gus mahu mengetahui apakah punca sebenar kejadian berkenaan,” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

themalaysianinsider


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive